web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kemuka Kemajuan 5 Tahun Hapus Diskriminasi Wanita Kepada PBB

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 8:27PM

Malaysia telah mengemukakan CEDAW kepada PBB pada 4 April lalu bagi menghapuskan diskriminasi terhadap wanita. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia sudah mengemukakan Laporan Berkala Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) Keenam kepada Jawatankuasa CEDAW, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 25 April lalu.

Jurucakap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan, laporan itu merangkumi kemajuan Malaysia selama lima tahun bermula 2017 hingga 2021, berserta maklumat terkini berkaitan dasar, inisiatif serta langkah konkrit yang diambil ke arah menghapuskan diskriminasi terhadap wanita.

Jelasnya, KPWKM menyediakan laporan tersebut dengan konsultasi bersama pelbagai pemegang taruh, iaitu kementerian/agensi kerajaan dan masyarakat sivil bagi memastikan laporan tersebut menjawab saranan Jawatankuasa CEDAW.

“Pencapaian Malaysia dapat dilihat dari segi penambahbaikan dasar negara selaras dengan peruntukan konvensyen, meskipun negara mendepani pelbagai cabaran antaranya untuk kembali pulih daripada pandemik global pada tahun 2020 dan 2021.

“Ini termasuk langkah mencegah keganasan terhadap wanita, memperbaiki status wanita dan memberi sokongan kepada wanita semasa pandemik COVID-19,” katanya.

Menurut jurucakap itu, kerajaan komited dalam melaksanakan usaha bagi memastikan persekitaran kondusif untuk membolehkan wanita mencapai potensi mereka sepenuhnya tanpa diskriminasi.

Sepanjang tempoh lima tahun tersebut, KPWKM mengarus perdanakan gender melalui pendekatan bersepadu.

“Pendekatan ini termasuk memastikan sumbangan secara kolaboratif daripada masyarakat sivil dan orang awam dalam penyediaan, pelaksanaan serta pemantauan semua dasar dan program kerajaan.

“Laporan ini adalah bukti komitmen Malaysia terhadap pelaksanaan peruntukan di bawah CEDAW, di samping memenuhi hak wanita berasaskan Perlembagaan Persekutuan, perundangan dan dasar negara,” katanya. - Getaran, 10 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Nahas Helikopter Sudah Baca Laporan, Reda Terima Ketentuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad