web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembinaan Pembetungan Punca Banjir Kilat Putatan, Jejas 5,000 Penduduk

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 8:28PM

Kampung dan jalan raya turut tenggelam dalam banjir kilat di Putatan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerja skim pembetungan yang sedang dijalankan dipercayai menjadi antara punca banjir kilat di Putatan, di sini, hari ini, sehingga menjejaskan lebih 5,000 penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Putatan, Datuk Awang Ahmad Sah berkata, kejadian itu menyebabkan beberapa kawasan di Kampung Tombovo termasuk Sekolah Kebangsaan Tombovo ditenggelami air dan merosakkan harta-benda.

Banjr turut memasuki bilik darjah SK Tombovo.
Banjr turut memasuki bilik darjah SK Tombovo.

“Berdasarkan pemerhatian, kerja pembinaan skim berkenaan telah menghalang aliran air keluar ke Sungai Lembising dan laut setiap kali hujan lebat melanda.

“Dalam masa sama, saya turut menerima aduan penduduk yang mendakwa, banyak jalan raya rosak sejak kerja skim pembetungan itu dilakukan beberapa bulan lalu,” katanya.

Tambah Awang, kejadian banjir yang melanda sekolah rendah di sini telah berlaku beberapa kali, namun, kerajaan negeri dilihat gagal mengambil langkah holistik untuk mengatasinya.

“Saya dimaklumkan masalah ini bakal berakhir apabila projek Tebatan Banjir Fasa Tiga Putatan siap dibina.

“Bagaimanapun, projek yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM400 juta itu masih gagal disiapkan sejak lima tahun lalu,” katanya.

Dalam hal ini jelas Awang, rakyat menjadi korban kerana terpaksa menerima kesan buruk akibat banjir kilat, yang turut mengancam keselamatan mereka.

“Seharusnya, kerajaan negeri mengambil inisiatif jangka masa pendek seperti mendalamkan parit di lokasi yang sering dilanda banjir.

“Ia bagi mengelakkan air cepat penuh dan melimpah keluar sebelum dapat disalurkan ke sungai dan laut,” katanya.

Kampung dan jalan raya turut tenggelam dalam banjir kilat di Putatan, hari ini.
Kampung dan jalan raya turut tenggelam dalam banjir kilat di Putatan, hari ini.

Tambah Awang, pihaknya turut dimaklumkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) telah mengemukakan banyak permohonan kepada kerajaan negeri untuk mengatasi masalah perparitan di sini termasuk di Jalan Pusu, namun, tidak menerima sebarang maklum balas.

“Sampai bila rakyat perlu terkesan dengan masalah berulang ini?

“Saya berharap pihak berkenaan lebih bertanggungjawab dan tidak berdiam diri setiap kali masalah banjir kilat berlaku,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi