web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemuda Kecewa Penumpang Dibiar Kepanasan Sejam Dalam Pesawat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 3:10PM

Kelihatan penumpang mengipas diri sendiri kerana keadaan pesawat yang panas. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masalah kelewatan penerbangan (delayed flight) memang akan berlaku dalam mana-mana syarikat penerbangan apatah lagi ketika cuti musim perayaan.

Namun terbaharu, bukan sahaja penerbangan mengalami kelewatan tetapi penumpang pesawat Malaysia Airline (MAS) dari Kuala Lumpur ke Sabah terpaksa bermandi peluh selama sejam dalam pesawat.

Menerusi video dikongsi pengguna Twitter, Anthraxxx781, seorang penumpang terjejas meluahkan kekecewaannya mengenai masalah tersebut sehingga mendapat perhatian netizen.

Menurut pemuda tersebut, penumpang dibiarkan kepanasan untuk tempoh yang lama sebelum mereka dimaklumkan penerbangan ditangguh selama dua jam kerana pesawat mengalami kerosakan.

Dalam video yang tular itu juga jelas kedengaran tangisan anak-anak kecil yang barangkali tidak tahan dengan keadaan panas itu.

“Kang senang cakap awal-awal tadi kapal terbang rosak, last-last delay kapal terbang rosak. Pening kepala otak aku.

“Macam main bolalah dalam tu (panas). Aduh. Berperang-berperang,” kata pemuda tersebut ketika melangkah keluar dari pesawat.

Katanya lagi, syarikat pengurusan MAS sepatutnya mempunyai pelan kecemasan terhadap masalah yang berlaku tetapi malangnya ia tidak dilakukan.

“Kalau dah tahu benda ni jadi kan, keluarkan dulu penumpang, beri keselesaan kepada mereka. Bagi rasa aircond, duduk tempat awal-awal tadi kan.

“Ini kau tunggu lama-lama, kau sidai lama-lama tu, matilah orang. Anak-anak semua tu berpeluh, buka baju, menangis-nangis. Aduh peninglah. Bayar mahal-mahal tau. Macam ni punya servis boleh matilah,” katanya.

Masalah yang dialami penumpang pesawat terbabit turut mengundang simpati netizen apabila majoriti meluahkan kekecewaan dengan layanan diberikan syarikat penerbangan terkemuka negara itu.

“Simpati dengan penumpang, pernah melaluinya. Tapi pelik, MAS masih tidak boleh berfikir secara logik. Anda mempunyai satu kerja, melayani penumpang anda,” kata Davetoh.

“Kesian. Pergh boleh bayang hangit tengit macam sesak nafas ruang tertutup. Nak buka tingkap tak boleh,” kata MAzam.

“Dengan panas, budak nangis lagi pedih mat. Tiket kira refund ke macam mana tu? Ke kira halal je?,” soal Sharizezhan.

Sementara itu, beberapa netizen turut menyifatkan situasi yang berlaku adalah di luar kawalan syarikat penerbangan tersebut.

“Kapten tak boleh sesuka hati buat keputusan sebab debriefing post flight, dia kena soal dengan management. Banyak benda kena consider bro,” kata MhdAdibOthman.

“Kapten mesti kena buat report dulu to control tower etc sebab setiap penerbangan ada jadual. Bukan senang nak release penumpang macam tu je,” kata Adeepishak.

“A part of Aviation student. Kita jangan terus marah about aircraft tu. Sebab before flight memang aircraft dah check semua. But boleh tiba-tiba dia akan buat hal. Maybe cabin pressurization system yang buat hal or something else,” kata Hasniezamxm.

Setakat ini, MAS belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut. - Getaran, 9 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Pesawat United Airlines Mendarat Cemas Selepas Roda Tercabut Semasa Berlepas

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alamak, Tersilap Langkah! Kru Darat Syarikat Penerbangan Jatuh Dari Pesawat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Laporan Awal Siasatan Pesawat Terhempas Di Kapar Diketahui Bulan Depan - Kementerian Pengangkutan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Mangsa Disahkan Maut Dalam Insiden Pesawat Terhempas Di Kapar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek