web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permintaan Pelitup Muka Jenis Kain Kini Menurun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2022 4:31PM

Sim Suan See yang menghasilkan pelitup muka jenis batik selepas hilang pekerjaan, memaklum permintaan ke atas pelitup muka jenis kain kini berkurangan. - Gambar dari pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Selepas negara memasuki fasa endemik, penjualan pelitup muka jenis kain mengalami penurunan sebanyak 40%, memaksa perniagaan berkenaan menghasilkan pelitup muka atas permintaan sahaja.

Susan Chyntana, yang terlibat dalam penghasilan pelitup muka jenis kain, memberitahu The Vibes, jualan telah menurun sebanyak 40% selepas barangan 'berharga' itu, kini tidak lagi menjadi penting ketika negara melalui fasa peralihan kepada endemik bermula 1 Mei.

''Meskipun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pelitup muka tidak diwajibkan lagi, namun saya percaya pemakaian pelitup muka masih diperlukan pada masa hadapan, selagi virus itu masih ada.

“Walaupun selepas virus itu hilang, saya masih fikir orang ramai harus membiasakan diri memakai pelitup muka kerana ia adalah amalan yang sangat baik.

''Penduduk di negara seperti Jepun dan Vietnam telah memakai pelitup muka sebelum pandemik lagi,'' katanya.

Syarikat beliau, yang mengkhusus dalam perancangan acara, terpaksa melakukan peralihan dengan segera bagi mendapatkan keuntungan ketika pandemik itu menular. Chyntana mengerahkan pasukannya untuk mencipta pelitup muka jenis kain dengan logo dan corak syarikat.

Bagaimanapun, beberapa bulan terakhir sebelum pengumuman fasa endemik oleh kerajaan, beberapa syarikat telah menghentikan tempahan pelitup muka jenis kain kerana tidak pasti sama ada ia masih menjadi keperluan.

Chyntana percaya pandemik ini mengajar orang ramai untuk tidak hanya mengambil berat tentang diri mereka dari aspek kesihatan, tetapi orang lain juga.

''Saya amat berharap orang ramai akan terus menggunakan pelitup muka, pilihan yang lebih mesra alam dan bergaya untuk perlindungan kesihatan mereka,'' katanya.

Sementara itu, pengeluar pelitup muka dari rumah, Sim Suan See, yang beralih kepada pelitup muka jenis batik selepas hilang pekerjaan semasa perintah kawalan pergerakan, mengesahkan kepada The Vibes bahawa permintaan untuk pelitup muka telah berkurangan.

''Walaupun tempahan telah menurun, saya percaya ia tidak akan terhenti sepenuhnya kerana ada pihak yang gemar memakai pelitup muka jenis kain kerana ia lebih menjimatkan kos,” katanya.

Minggu lepas, Presiden Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Amrahi Buang dilaporkan berkata walaupun penggunaan pelitup muka dilonggarkan, ahli farmasi tidak menjangkakan banyak perubahan dalam stok, jualan atau harga bagi barang yang dulunya amat berharga.

Beliau berkata pemakaian pelitup muka untuk melindungi kesihatan adalah sesuatu yang diketahui ramai, sambil menambah ada juga yang mula menggunakan sebagai 'fashion statement'.

Kementerian Kesihatan memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan bermula 1 Mei ini.

Bagaimanapun pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan (optional) tetapi amat digalakkan kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan.

Manakala Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan menggerakkan anggota dan pegawai bagi melakukan pemantauan di semua lokasi tumpuan di ibu kota.  – The Vibes, 7 Mei, 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar