web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Paras Air Sungai Melaka Meningkat, Operasi Melaka River Cruise Dihentikan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 5:39PM

Gambar dari Facebook Melaka River Cruise

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Operasi Melaka River Cruise (MRC) terpaksa dihentikan sementara hari ini berikutan paras air Sungai Melaka terlalu tinggi akibat hujan lebat sejak pagi tadi. 

Pengurusan MRC menyatakan pengoperasian semula perkhidmatan itu akan dimaklumkan selepas keadaan kembali pulih.

“Hujan lebat menyebabkan paras air sungai Melaka tinggi serta arus deras dan cuaca juga tidak menentu. Berikutan itu, operasi bot di Melaka River Cruise terpaksa dihentikan sementara sehingga keadaan kembali pulih,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sementara itu, beberapa kawasan di sekitar daerah Melaka Tengah turut dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan sejak pukul 7.00 pagi ini.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah dalam kenyataanya pagi ini memaklumkan hujan lebat selama hampir empat jam itu menyebabkan tujuh kawasan terjejas di daerah tersebut. 

“Laluan di Batu Hampar ditutup sementara untuk semua kenderaan selain jalan utama di Ayer Keroh juga terjejas dengan bencana banjir kilat ini.

“Kawasan lain yang terjejas ialah Kampung Telok, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Sungai Putat, Taman Peringgit Ria dan Bukit Cina,” katanya. Bagaimanapun, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka sehingga 10.00 pagi ini selain paras air di kebanyakan kawasan juga semakin pulih. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar