web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op HRA: JPJ keluar lebih 8,000 saman - Lokman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 5:18PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GENTING HIGHLANDS - Sebanyak 8,036 saman kesalahan jalan raya dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 di seluruh negara sehingga semalam.

Kesemua saman berkenaan dikeluarkan selepas JPJ memeriksa 44,737 kenderaan sejak operasi itu bermula pada 29 April lepas.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia, Datuk Lokman Jamaan berkata ini menunjukkan bahawa masih ramai lagi pemandu yang mengingkari peraturan jalan raya dikeluarkan walaupun pihaknya sebelum ini telah menasihati pemandu agar mematuhi peraturan itu.

"Kami berharap untuk tempoh dua hingga tiga hari sebelum habis tempoh operasi HRA pada 8 Mei ini, kesalahan jalan raya dapat dikurangkan dan pengguna jalan raya terus mematuhi peraturan ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan khas di Terminal Bas Genting Highlands, Pahang, di sini hari ini.

Sementara itu, dalam opeasi khas teknikal JPJ itu, Lokman berkata sebanyak 11 bas diperiksa dan kesemuanya mematuhi peraturan ditetapkan.

Katanya operasi berkenaan bertujuan memastikan kenderaan awam terlibat berada dalam keadaan baik termasuk mempunyai brek kedua selain pemandu yang mematuhi undang-undang.

"JPJ amat bertegas dengan bas-bas ekspres dan persiaran yang membawa penumpang di Genting Highlands, faham-fahamlah di Genting Highlands ini laluannya sukar (laluan berselekoh berbahaya dan bergaung)," katanya.

Selain itu, Lokman berkata sebanyak 77 depot dan 28 terminal bas turut diperiksa sepanjang operasi HRA dan hasil pemeriksaan mendapati tiga pemandu bas positif dadah dan JPJ mengambil tindakan segera dengan menggantung lesen mereka.

Katanya sebanyak 27 kenderaan berat yang melanggar larangan berada di atas jalan raya semasa tempoh perayaan turut dikenakan tindakan.

"Pasukan Teknikal JPJ, telah menjalankan pemeriksaan dan penilaian khusus bagi memastikan spesifikasi tayar, lampu, reflektor dan sistem teknikal lain bas berfungsi pada tahap optimum," katanya.

Lokman berkata JPJ juga memantau tahap kepatuhan pemandu dan syarikat pengendali bas terhadap syarat lesen pengendali yang melibatkan syarat pemandu kedua, operasi kawasan yang dibenarkan serta kadar tambang yang dikenakan.

Selain itu, bas ekspres dan bas persiaran juga hendaklah memiliki sistem brek kedua untuk beroperasi di persekitaran seperti di Genting Highlands.

"Saya juga dimaklumkan, bagi bas yang didapati gagal memenuhi piawaian teknikal yang melibatkan sistem brek, tayar, lampu dan sistem teknikal lain, tindakan kompaun dan saman ke atas pemandu dan pengendali bas boleh dikenakan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959," katanya.

Beliau berkata sekiranya didapati bas beroperasi melanggar syarat lesen pengendali, tindakan penggantungan lesen pengendali boleh dikenakan ke atas pengusaha bas selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 62, Akta 715. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek