web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Serangan Pendatang Haram, Tentera Israel, Umat Islam Perlu Waspada

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 3:05PM

Askar Israel menyerbu ke dalam Masjid Al-Aqsa, semalam. - Gambar dari Twitter Times Of Gaza

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh dunia diingatkan bersiap sedia untuk bertindak balas susulan pencerobohan besar-besaran pendatang haram Yahudi di Masjid Al-Aqsa, baru-baru ini.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pemimpin dan negara Islam perlu  berwaspada terhadap serangan besar pendatang serta tentera zionis Israel ke atas Al-Aqsa.

Menurutnya, terbaharu, lebih 600 pendatang haram Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa di bawah perlindungan tentera pendudukan Israel.

Justeru, pihaknya menjangkakan bahawa serangan tersebut adalah permulaan kepada pencerobohan lebih besar terhadap Palestin.

“Peneroka Yahudi berkeras untuk menegaskan tuntutan palsu mereka ke atas Al-Aqsa.

“Mereka berani untuk bertempur secara langsung dengan jemaah di masjid berbekalkan pengalaman mereka di Masjid Ibrahimi di Hebron,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Azmi berkata, pada tahun 1994, pihak berkuasa Israel membahagikan Masjid Ibrahimi antara orang Islam dan Yahudi, susulan pembunuhan beramai-ramai dilakukan seorang peneroka Yahudi yang menyebabkan 29 jemaah Palestin maut serta lebih 150 cedera.

“Baru-baru ini, peneroka haram Israel mengadakan konsert di Masjid Ibrahimi di Hebron yang diduduki untuk menandakan ritual Passover (peristiwa Yahudi dihalau keluar dari Mesir), selepas tentera pendudukan melarang jemaah Palestin daripada mengakses tapak suci umat Islam itu,” katanya.

Justeru, Mohd Azmi berkata, MAPIM menyeru semua umat Islam untuk bersiap sedia melindungi Al-Aqsa dan bertindak balas terhadap Israel serta tentera Zionis jika mereka melakukan pencerobohan.

“Ini adalah pencerobohan terang-terangan terhadap kesucian dan pencabulan Al-Aqsa serta hak orang Islam untuk mengakses tempat ibadat mereka.

“Kami dengan tegas bersolidariti membantah pencerobohan Al-Aqsa dan menyeru OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) untuk bertindak menghentikan pencabulan kesucian masjid Al-Aqsa,” katanya.

Beliau berpendapat, tindakan provokasi terbaharu tersebut akan mencetuskan tindak balas daripada jemaah dan diguna tentera Zionis sebagai alasan untuk serangan besar besaran. - Getaran, 6 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi