web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Singapura Dikurnia Darjah Kebesaran Tertinggi Sultan Johor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 2:51PM

Sultan Ibrahim (kanan) mengurniakan darjah SPMJ kepada Hsien Loong dalam satu Majlis Istiadat di Istana Besar Johor, di Johor Bahru, hari ini. - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan darjah kebesaran tertinggi kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang membawa gelaran Datuk.

Pengurniaan itu disempurnakan pada majlis penuh istiadat di Istana Besar, Johor Bahru, hari ini.

Gelaran itu dikurniakan menerusi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J).

Sultan Ibrahim bertitah, pengurniaan darjah kebesaran tertinggi kepada Hsien Loong terus mengukuhkan hubungan persahabatan erat Johor dan Singapura yang terjalin sekian lama. 

“Hubungan Johor dan Singapura terjalin sekian lama dan pengurniaan darjah kebesaran tertinggi dari Istana Johor ini terus mengukuhkan hubungan dua hala.

“Saya juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura di atas peranan beliau selama ini dalam terus mengeratkan hubungan Singapura dan Johor,” titahnya.

Baginda bertitah demikian kepada Royal Press Office (RPO).

Pada istiadat sama, Sultan Johor berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) kepada isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching yang membawa gelaran Datin Paduka.

Berangkat sama, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Istana Johor sebelum ini mengurniakan darjah kebesaran kepada beberapa pemimpin republik itu sebagai lambang persahabatan dan hubungan erat antara kedua-dua negara.

Pemimpin itu termasuk mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew pada 9 April 1984. - Getaran, 6 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 11 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar