web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan Baharu Kekal Bawah Paras 2,000 Kes, 2 Kematian 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 11:03AM

Jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus COVID-19 kini meningkat kepada 4,454,113 kes. - Gambar fail.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 dalam negara kekal di bawah paras 2,000 kes dengan 1,278 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,454,113 kes.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 1,275 kes tempatan dengan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak dua kematian baharu direkodkan semalam dengan tiada kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,569 dengan 7,528 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 27,454 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.2 peratus atau 26,407 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 17 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 964 orang atau 3.5 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 66 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 36 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 2,599 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,391,090 kes. 

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara semalam adalah 0.53 dengan Pulau Pinang mencatatkan nilai Rt tertinggi, iaitu 0.76, diikuti Melaka (0.75), Kuala Lumpur (0.74), Sabah (0.71), Sarawak (0.66), manakala Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing 0.65. - Getaran, 6 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar