web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


561 Kemalangan, 10 Kematian Dalam Tempoh 5 Hari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2022 8:17PM

Ramli Mohamed Yoosuf (kanan) dalam sidang media di Kuantan, petang tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis Pahang merekodkan 561 kes kemalangan dalam tempoh lima hari Op Selamat Ke-18 yang bermula 29 April lalu.

Daripada jumlah itu, sembilan kemalangan maut dengan 10 kematian dicatatkan membabitkan laluan persekutuan, bandaran dan jalan negeri.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kemalangan maut tertinggi direkodkan di jalan Persekutuan dengan lima kes.

“Selain itu, kita turut merekodkan dua kes kemalangan maut di jalan negeri, dan masing-masing satu kes di jalan bandaran serta lain-lain (kategori) jalan.

“Untuk pecahan kenderaan terbabit dalam kemalangan maut pula, enam kes adalah pengguna motosikal, empat membabitkan kereta, dua membabitkan lori kecil dan tiga lagi kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam sidang media di Kuantan, petang tadi.

Ramli berkata, pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang sudah mengeluarkan 11,112 saman membabitkan pelbagai kesalahan sejak Op Selamat sempena Aidilfitri dilancarkan.

Katanya, saman tertinggi dikeluarkan kepada pengguna kereta dengan 6,450 kes.

“Kesalahan paling banyak dilakukan pengguna jalan raya ialah memandu melebihi had laju ditetapkan sebanyak 9,565 saman dikeluarkan, diikuti 72 saman akibat memotong di garisan berkembar.

“Sebanyak 58 saman turut dikeluarkan kerana melanggar lampu isyarat, 25 akibat memotong barisan dan bagi kesalahan menggunakan telefon bimbit sebanyak 10 saman dikeluarkan,” katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan pihaknya turut berjaya menahan 19 individu yang didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Dadah Berbahaya dan Akta Imigresen melalui Op Selamat 18 sehingga semalam.

Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan mereka berikutan jangkaan berlaku peningkatan kenderaan masuk dan keluar dari Pahang bermula Sabtu ini.

“Memandangkan cuti panjang sempena hari raya akan berakhir hujung minggu ini, Polis Pahang menjangkakan aliran trafik meningkat dalam dua hari lagi kerana kita sedia maklum, Pahang adalah laluan utama dari Pantai Timur untuk ke Lembah Klang.

“Jadi, nasihat saya kepada semua (pengguna jalan raya), rancanglah perjalanan dan sentiasa memandu dengan berhemah, dapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan,” katanya. - Getaran, 5 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad