web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sambut Aidilfitri Meriah Di Sang Riang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 9:00PM

Penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang diraikan dalam sambutan Aidilfitri anjuran pihak pengurusan rumah kebajikan berkenaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Perbezaan agama tidak menghalang 331 penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, Bera meraikan Aidilfitri dengan meriah.

Terletak di Jalan Mengkuang, dekat pekan baru Triang, rumah kebajikan diuruskan Yap Yoke Moey itu bukan sahaja menempatkan warga emas, tetapi turut dihuni orang kelainan upaya (OKU) dan gelandangan pelbagai agama.

Selepas kira-kira dua tahun tidak mengadakan sambutan secara besar-besaran akibat COVID-19, Yoke Moey mengambil peluang menganjurkan sambutan Aidilfitri lebih meriah tahun ini.

“Pihak pengurusan menyediakan pelbagai juadah tradisional bagi meraikan Aidilfitri bersama penghuni dan ia adalah hasil sumbangan orang ramai serta dana dari rumah (kebajikan) ini.

“Semua penghuni juga disediakan kelengkapan (pakaian) raya yang baharu untuk menambahkan lagi suasana meriah sempena sambutan tahun ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yoke Moey berkata, memandangkan kebanyakan penghuni rumah kebajikan itu berusia 60 tahun ke atas, pihaknya perlu memantau aktiviti sambutan berikutan penularan COVID-19 masih lagi belum berakhir sepenuhnya.

Yap Yoke Moey (dua dari kiri) bersama sebahagian penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, Bera.
Yap Yoke Moey (dua dari kiri) bersama sebahagian penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, Bera.

“Walaupun kita sudah berada di fasa (peralihan) endemik, tapi masih perlu berjaga-jaga, kerana mereka (penghuni) adalah golongan warga emas yang berisiko tinggi mendapat kesan teruk jika dijangkiti COVID-19,” katanya lagi.

Dia turut memaklumkan penghuni beragama Islam dibawa ke masjid berhampiran bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri menggunakan kenderaan rumah kebajikan itu.

Katanya, pihak pengurusan rumah kebajikan juga menunaikan zakat fitrah bagi semua penghuni beragama Islam yang ditempatkan di situ.

Selain menyediakan penempatan selesa kepada warga emas, pihak pengurusan rumah kebajikan yang mula beroperasi pada tahun 2003, turut menyediakan pusat hemodialisis kepada warga emas kurang berkemampuan yang menetap di kawasan sekitar rumah kebajikan terbabit. - Getaran, 4 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad