web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jom Hadiri Rumah Terbuka Keluarga Malaysia - PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 5:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dijemput memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2022 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri 8 Mei ini.

Perdana Menteri menerusi satu kenyataan memaklumkan, majlis tersebut akan diadakan di kediaman rasmi beliau di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bermula 10 pagi hingga 4 petang.

“Jom berkunjung ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi saya di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

“Kita berkumpul dan bersama-sama meraikan Aidilfitri sebagai sebuah keluarga besar, Keluarga Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, pelbagai juadah akan disajikan bagi memeriahkan lagi Majlis Rumah Terbuka Keluarga Malaysia itu.

“Insya Allah banyak juadah enak disajikan, untuk Keluarga Malaysia yang tersayang. Kita jumpa nanti ya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Perdana Menteri menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, semua tetamu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terkini semasa Fasa Peralihan Ke Endemik dan digalakkan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal.

Hantaran tersebut turut melampirkan panduan pakaian dan maklumat perkhidmatan bas percuma untuk ke majlis tersebut.

“Orang ramai hendaklah berpakaian kemas dan sopan.

“Kegagalan mematuhi etika pemakaian ini boleh mengakibatkan anda tidak dibenarkan memasuki Kompleks Seri Perdana,” kata hantaran itu. - Getaran, 4 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad