Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Penurunan Jangkitan Harian Bawah 2,000 Kes Petanda Baik?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ramai menarik nafas lega apabila lebih banyak kelonggaran diberikan ketika umat Islam meraikan Aidilfitri kali ini.

Dari kebenaran balik kampung, solat sunat Hari Raya, ziarah raya, ziarah kubur sehinggalah rumah terbuka, semuanya boleh dilakukan seperti sebelum ini.

Namun timbul kebimbangan mengenai trend penurunan kes jangkitan harian COVID-19 dalam negara sejak seminggu lalu.

Malah angka jangkitan harian untuk tempoh dua hari ini berada di bawah paras 2,000 kes.

Penurunan kes itu sememangnya perkara yang diharapkan tetapi adakah angka itu menggambarkan situasi sebenar jangkitan COVID-19 di negara kita?

Tidak dinafikan pasti ada dalam kalangan individu yang dijangkiti COVID-19 tidak berlaku jujur dalam melakukan penilaian kendiri masing-masing.

Apatah lagi sekiranya ada yang disahkan positif, sukar bagi mereka untuk bergerak ke sana ke mari ketika sambutan Aidilfitri.

Maka tidak hairanlah ada yang mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak melaporkan keputusan mereka pada aplikasi MySejahtera.

Perkara itu turut menarik perhatian Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh yang menjangkakan peningkatan jangkitan COVID-19 selepas orang ramai pulang beraya dari kampung halaman masing-masing, minggu hadapan.

Katanya, keadaan itu juga disebabkan kelonggaran pemakaian pelitup muka selain pembukaan pintu sempadan negara pada 1 April lalu.

“Kemungkinan kes naik itu tinggi memandangkan kita sudah memasuki fasa peralihan ke endemik dan lebih banyak SOP dilonggarkan, termasuk tiada lagi penjarakan sosial.

“Ini mungkin menyebabkan transmisi (jangkitan) lebih mudah berlaku apatah lagi ramai ‘balas dendam’ selepas dua tahun tak dapat balik beraya,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Bagaimanapun beliau berkata, lonjakan kes yang akan berlaku hanya membabitkan kategori 1 dan 2.

“Adakah kes teruk seperti sedia kala atau seperti gelombang satu atau dua? Saya rasa tidak.

“Kes mungkin akan meningkat tapi pada kadar yang kecil dan hanya membabitkan jangkitan tempatan,” katanya.

Katanya, kadar imuniti kelompok di negara ini berada pada tahap yang agak baik apabila lebih 97 peratus individu dewasa sudah lengkap divaksinasi.

“Bila ramai sudah divaksin maka risiko jangkitan serius dapat dielakkan. Tapi harus diingat kanak-kanak lima hingga 11 tahun masih ramai belum divaksin.

“Setakat semalam hanya 24.5 peratus lengkap dua dos manakala 43.3 peratus lagi sudah mendapatkan dos pertama. Ini yang kita bimbangkan,” katanya.

Susulan itu, Dr Sharifa Ezat menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP asas ketika meraikan sambutan Aidilfitri.

Katanya, tanggungjawab menjaga keselamatan diri dan keluarga kini terletak di tangan rakyat sendiri.

“Dalam kita teruja meraikan Syawal, kita harus ingat-mengingati antara satu sama lain. Sentiasa pakai pelitup muka dalam ruang yang ramai orang kerana kita sendiri tidak pasti dengan keadaan mereka.

“Kalau boleh elakkan sentuh-menyentuh, berpelukan semasa kunjung-mengunjung. Jika ada yang mempunyai simptom, terus duduk di rumah dan tidak bergaul dengan orang ramai terutamanya warga emas dan mereka yang mempunyai imuniti rendah,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengesyorkan orang ramai supaya melakukan ujian kendiri sebelum masuk ke sekolah atau pejabat masing-masing bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Kita perlu ada rasa tanggungjawab pada orang sekeliling bagi mengelak wujudnya kluster baharu selepas ini.

“Paling penting sentiasa amalkan nasihat kesihatan awam bagi memastikan diri dan keluarga terhindar daripada jangkitan berbahaya itu,” katanya. - Getaran, 4 Mei 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Semasa 1 hari yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Politik 1 hari yang lalu

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

oleh Rafisqi Radhi