web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Selamat Catat 28 Kematian 1 Syawal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 8:33PM

Razarudin Husain - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari pertama Syawal semalam menyaksikan 28 kematian dicatatkan, menerusi 25 kemalangan maut iaitu jumlah tertinggi sejak Op Selamat 18 dilancarkan 29 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, penunggang dan pembonceng motosikal mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 19 kes setakat semalam.

Beliau berkata, turut menyumbang kepada angka kematian tersebut adalah enam pemandu dan penumpang kereta serta dua pejalan kaki, selain seorang pemandu pacuan empat roda.

“Secara keseluruhan 1,353 kes kemalangan dilaporkan di seluruh negara, semalam dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi dengan 248 kes, diikuti Johor (193), Perak (138), Kedah (123) dan Pulau Pinang (101),” katanya Getaran, hari ini.

Menurut beliau, angka kematian pada hari keempat Op Selamat 18 tersebut meningkat sebanyak 87 peratus berbanding tempoh sama dalam Op Selamat 15 pada tahun 2019.

“Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 72 kemalangan dengan keseluruhan 76 kematian dicatatkan dalam tempoh empat hari Op Selamat 18 sempena Aidilfitri itu,” katanya.

Untuk rekod, 10 kemalangan maut dan 10 kematian dilaporkan pada hari pertama Op Selamat 18 dan bilangan itu terus bertambah pada hari kedua iaitu 17 kemalangan maut dengan 18 kematian.

Hari ketiga pula merekodkan 20 kemalangan maut yang melibatkan 20 kematian. 

Mengulas lanjut, Razarudin berkata secara keseluruhan, Selangor mencatat angka kemalangan tertinggi iaitu 1,650 kes, diikuti Johor (920), Kuala Lumpur (688), Perak (674), Pulau Pinang (597), Kedah (422), Pahang (380), Negeri Sembilan (323) dan Kelantan (319).

Lima lagi negeri mencatat angka kemalangan terendah iaitu Melaka dengan 270 kes, Sabah (232), Sarawak (215), Terengganu (200) manakala Perlis hanya mencatat 42 kemalangan.

“Rekod turut menunjukkan kebanyakan kemalangan berlaku di jalan bandaran dengan 2,925 kes, diikuti jalan persekutuan (1,383), jalan negeri (1,307), lebuh raya (731) dan jalan-jalan lain (568).

“Semalam, sembilan kes kemalangan maut dilaporkan berlaku di jalan negeri, tujuh kes di jalan persekutuan, manakala jalan bandaran dan jalan-jalan lain masing-masing mencatat tiga kes dan dua kes di lebuh raya,” katanya. - Getaran, 3 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad