web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pegawai Pengurusan Putih Mata, Wang Dikapur Macau Scam 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 4:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menjelang sambutan Aidilfitri baru-baru ini, seorang pegawai pengurusan Sumber Manusia (HR) berputih mata apabila kerugian sebanyak RM132,900 gara-gara diperdaya sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Mahidisham Ishak berkata, insiden tersebut bermula 18 April lalu apabila mangsa menerima panggilan, kononnya daripada Pegawai Bahagian Pemeriksaan Bekalan Ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut beliau, mangsa diminta untuk mengesahkan sama ada pernah mengambil ubat-ubatan seperti panadol, ubat tahan sakit, ubat batuk dan ubat selesema secara berlebihan di sebuah Klinik Komuniti.

Bagaimanapun, mangsa menafikan dakwaan ‘pegawai’ tersebut sebelum panggilan itu disambungkan kepada pegawai polis.

“Pegawai polis tersebut kemudiannya memaklumkan mangsa juga terlibat dengan pengubahan wang haram.

“Mangsa telah ditakutkan dengan waran tangkap sekiranya tidak mengaku kesalahan tersebut,” katanya hari ini.

Mohd Mahadisham berkata, mangsa yang panik dengan ugutan tersebut telah membuat pindahan wang sebanyak lima kali ke dalam satu akaun sama bermula dari 22 hingga 26 April lalu berjumlah keseluruhan RM132,900.00 dan diminta untuk menunggu keputusan siasatan.

“Pada 30 April lalu, mangsa menerima panggilan telefon dan diminta untuk membuat bayaran tambahan. Merasa tertipu, mangsa telah membuat laporan polis,” katanya sambil memberitahu, kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Bagi mengelakkan menjadi mangsa sindiket Macau Scam, Mohd Mahidisham menasihatkan orang ramai supaya tidak panik jika menerima panggilan daripada pihak berkuasa.

“Orang ramai diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan jika dihubungi oleh pihak mencurigakan.

“Ingat, agensi penguatkuasa tidak dapat memindahkan talian telefon ke agensi lain dalam masa sama.

Polis tidak akan menghubungi sesiapa dan menggertak untuk membuat tangkapan terhadap seseorang,” katanya. - Getaran, 3 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad