web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hari Kedua Syawal, Lebuh Raya Karak Masih Sesak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 4:13PM

Keadaan trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak. - Gambar dari Twitter LLM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun sudah masuk Syawal kedua, namun Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) masih mengalami kesesakan sejauh lebih enam kilometer, hari ini.

Setakat jam 3.30 petang tadi, 78,717 kenderaan dilaporkan menggunakan laluan tersebut namun kesesakan dilaporkan hanya berlaku di Jalan Gombak - Genting Sempah.

Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, kesesakan trafik  berlaku sejak awal pagi tadi bermula dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Plaza Tol Gombak.

“Setakat jam 3.30 petang tadi, berlaku kesesakan sepanjang enam kilometer di Kilometer (KM) 29.9 sehingga ke KM 35.9 Gombak - Genting Sempah.

“Kesesakan berlaku disebabkan pertambahan jumlah kenderaan yang menghala ke Pantai Timur,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Menurut beliau lagi, keadaan trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pada masa ini masih lancar di kedua-dua hala.

Radzimah berkata, setakat ini sebanyak 47,754 kenderaan sudah melalui KLK untuk menghala ke Pantai Timur manakala 30,963 kenderaan melalui lebuh raya tersebut menuju ke Selatan.

Sementara itu, kesesakan trafik turut dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara - Selatan arah utara serta selatan dengan jumlah trafik yang tinggi dilaporkan berlaku sejak semalam hingga awal pagi tadi.

Jurucakap PLUS Malaysia Bhd (PLUS) berkata, dianggarkan 1.6 juta kenderaan menggunakan jaringan lebuh raya tersebut sehingga mengakibatkan berlaku kesesakan, semalam.

“Aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa lokasi yang menghala ke utara, terutamanya di kawasan mendaki, antaranya Slim River ke Sungkai.

“Laluan dari Tapah ke Ipoh di kawasan Gua Tempurung dan Terowong Menora juga perlahan semalam dan situasi kesesakan berlarutan hingga kini,” katanya.

Sementara itu, aliran trafik arah ke selatan semalam secara keseluruhannya adalah terkawal dengan beberapa lokasi mengalami kesesakan, antaranya di kawasan Seremban ke Pedas Linggi, seterusnya ke Ayer Keroh serta Skudai. - Getaran, 3 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan