web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perlu Qada Zakat Fitrah Jika Belum Tunai Kewajipan - Imam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 9:42AM

Jika terdapat individu membayarnya selepas solat sunat Aidilfitri, ia dikira sebagai sedekah kerana tiada denda yang khusus sekiranya tidak menunaikan kewajipan itu, namun kepada pelakunya, banyakkanlah beristighfar kepada Allah SWT. - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Umat Islam khusus rakyat Kelantan yang belum membayar zakat fitrah pada bulan Ramadan lepas, wajib qada zakat fitrah walaupun sudah lewat daripada waktu ditentukan.

Imam Masjid Bandar Kuala Krai, Armin Azahari Mamat berkata, hal ini kerana terdapat lima perihal hukum mengenai peringatan waktu untuk seseorang umat Islam yang merdeka iaitu golongan tua atau muda, lelaki atau perempuan dan berakal untuk membayar zakat fitrah.

"Hukum harus bermula dari awal bulan Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan, manakala wajib selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan.

"Selain itu, hukum afdal selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mengulas lanjut, Armin berkata waktu makruh adalah selepas solat sunat Aidilfitri sehingga sebelum terbenam matahari dan waktu haram pula selepas terbenam matahari pada Aidilfitri.

"Oleh itu, memandangkan baru-baru ini umat Islam menjangkakan 1 Syawal jatuh pada 3 Mei (hari ini), mungkin ramai yang tidak sempat untuk membayar zakat fitrah pada akhir Ramadan lepas.

"Saya seru semua umat Islam supaya segera menunaikan kewajipan ini, jangan tangguh atau tunggu Ramadan tahun depan untuk membayarnya kerana berdosa sekiranya tidak melaksanakannya," katanya.

Armin berkata, sekiranya terdapat individu membayarnya selepas solat sunat Aidilfitri ia dikira sebagai sedekah kerana tiada denda yang khusus sekiranya tidak menunaikan kewajipan itu, namun kepada pelakunya, banyakkanlah beristighfar kepada Allah SWT.

"Zakat fitrah dibayar untuk kita berkongsi kepada orang yang memerlukan (fakir dan miskin) bagi meneruskan kelangsungan hidup," katanya yang menambah boleh membayar terus kepada golongan fakir dan miskin. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad