web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warna Pastel Tema Aidilfitri 2022, 'Very Peri' Gambarkan Rasa Bahagia, Kreatif

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 9:48PM

Yang di-Pertuan Agong berbaju Melayu warna 'baby blue' manakala Ismail Sabri pula mengenakan baju Melayu berwarna 'Very Peri' iaitu paduan warna biru periwinkle dengan merah ungu. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun sambutan Aidilfitri kali ini diraikan dalam keadaan ‘berjaga-jaga’, kemeriahannya masih tetap dirasai.

Dari Perlis sehingga ke Sarawak, ramai berkongsi gambar keluarga bersama baju raya sedondon di media sosial masing-masing.

Menerusi tinjauan Getaran di media sosial, warna pastel dilihat menjadi warna pilihan dan tema Aidilfitri kali ini.

Antaranya warna baby pink, baby blue, mint, lilac atau lavender, peach dan juga nude.

Warna-warna lembut itu turut menjadi pilihan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah dilihat berbaju Melayu warna baby blue manakala Ismail Sabri pula berwarna Very Peri iaitu paduan warna biru periwinkle dengan merah ungu.

Sekilas pandang, Very Peri menampilkan warna biru pastel keunguan.

Warna Very Peri diisytiharkan sebagai warna trend 2022.
Warna Very Peri diisytiharkan sebagai warna trend 2022.

Menurut pakar warna antarabangsa, Pantone Color Institute, Very Peri ditetapkan sebagai trend warna 2022.

Warna tersebut menggambarkan rasa bahagia yang menampilkan keceriaan selain mendorong semangat dan imaginasi kreatif.

Bukan sahaja cantik untuk dunia fesyen, warna Very Peri itu juga digunakan dalam pemilihan warna perabot dan cat dinding rumah kerana ia memberikan kesan sejuk dan menenangkan.

Sementara itu, warna seperti nude dan peach turut menjadi pilihan selebriti terkemuka, Neelofa dan Mira Filzah.

Selain warna pastel, perunding imej terkemuka, Mary Anni Masarip, 38, berpendapat, warna maroon dan hitam juga masih menjadi pilihan ramai.

Menurut beliau, kedua-dua warna tersebut mudah diperolehi bukan hanya pada waktu perayaan.

Katanya, pemilihan warna tema Aidilftri bukan sahaja perlu cantik mengikut tona kulit tetapi digalakkan juga berdasarkan mesej yang ingin disampaikan.

“Sesetengah warna boleh memberikan mesej yang kukuh. Warna-warna pekat seperti maroon, royal blue, emerald green. Kalau dipakai dengan warna lembut ia akan memberi contrast atau perbezaan.

“Contohnya, kalau orang tu pakai warna maroon, kemudian dia pakai tudung pastel pink, ia akan mewujudkan contrast. Jadi contrast bila ia makin tinggi, makin berbeza ia akan menyebabkan perhatian semakin meningkat. Itu satu kegunaan contrast,” katanya kepada Getaran. - Getaran, 2 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan