web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raya ‘Terkejut’, Jangan Pertikai Kredibiliti Ahli Falak, Jabatan Agama

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 1:03PM

Rahmat Ikhsan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman 1 Syawal yang jatuh hari ini mencetuskan panik di kalangan umat Islam yang masih belum melengkapkan persiapan bagi meraikan sambutan penting itu.

Menerusi perkongsian warganet di media sosial, ramai menyindir dan menyalahkan pihak berautoriti di sebalik kekalutan yang timbul itu.

Mengikut kalendar, sambutan Aidilfitri ditetapkan esok (3 Mei) dan apa yang berlaku sebaliknya amat mengejutkan orang ramai.

“Kalut betul tahun ni. Aku ni kat KL lagi, ingat Subuh nak balik kampung. Last-last kena malam ni (semalam) jugalah, lepas settle semua kerja,” kata Hafizey Fizey.

“Terabur habis. Last-last daging import, santan kotak,” kata Sue Yusoff.

“Aku cadang nak beli lauk pagi esok (hari ini), dah jadi macam ni, nasib ada sardin. Makan sardin jelah pagi raya,” kata pula Muhammad Hakimi.

Komen-komen yang tular di media sosial itu turut menarik perhatian pendakwah selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan untuk tampil menjelaskan situasi yang menyebabkan fenomena ‘panik’ raya itu.

Menurut beliau, semasa cerapan dilakukan di stesen cerapan di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, anak bulan tidak kelihatan tetapi perkara sebaliknya berlaku di Langkawi dan Labuan.

Katanya, anak bulan kelihatan di kedua-dua stesen cerapan tersebut.

“Disebabkan kita satu matla’ atau zon, satu kawasan yang sama, maka itulah nampak (anak bulan) di Labuan.

“Juga nampak di Langkawi (anak bulan), maka esok raya,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook.

Susulan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak mempertikaikan kredibiliti pihak berautoriti dan menerima segala yang berlaku atas ketentuan Allah.

“Apa yang kita boleh belajar, yang menetapkan anak bulan, bukan ulama, tetapi yang menetapkan terbit dan terbenamnya bulan adalah Allah SWT. 

“Maka yang bagi cepat raya tahun ni, Allah. Allah cepatkan anak bulan itu timbul. Jangan marah jabatan agama, jangan marah ahli falak kita,” katanya.

Terdahulu, isu penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini tular dalam media sosial yang memetik dakwaan kononnya bersumberkan Jabatan Mufti Melaka dan Balai Cerap Al-Khawarizmi di negeri berkenaan, dan dikongsi pula ramai netizen.

Hantaran itu mendakwa umat Islam perlu bersedia dengan kemungkinan tarikh 1 Syawal akan jatuh pada 2 Mei dan bukan 3 Mei seperti yang tertera di kalendar ketika ini.

Mesej tersebut malahan menyatakan, perubahan itu kononnya disebabkan perkiraan syarat kenampakan hilal mengikut kaedah imkanur rukyah tahun ini yang menggunakan format baharu.

Bagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang dilaksanakan sejak sekian lama dan menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada pihak berautoriti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab dalam menentukan awal bulan hijri termasuk tarikh awal puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. 

Katanya, kaedah itu adalah selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak dan astronomi yang telah dipersetujui semua negeri. - Getaran, 2 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad