web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bimbang Dijangkiti COVID-19, Orang Ramai Setia Berpelitup Muka

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 9:00PM

Ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk memakai pelitup muka walaupun kelonggaran sudah diberikan mulai 1 Mei. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sudah berkuat kuasa hari ini, orang ramai khususnya warga kota dilihat masih mengekalkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan.

Di bawah SOP baharu, pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di ruangan tertutup serta di dalam premis manakala untuk di luar bangunan, rakyat diberi kebenaran untuk tidak berbuat demikian.

Tinjauan Getaran di sekitar ibu kota hari ini mendapati, orang ramai yang keluar membuat membelian saat akhir bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri masih mengenakan pelitup muka walaupun berada di luar bangunan dan kawasan terbuka.

Siti Asa Saad
Siti Asa Saad

Pekerja swasta, Siti Asa Saad, 53, berkata, dia bersama keluarganya akan meneruskan penggunaan pelitup muka walaupun kelonggaran sudah diberikan. 

“Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memberi kelonggaran untuk tidak memakai pelitup muka di kawasan terbuka, kami sekeluarga masih tidak berani berbuat demikian.

“Bukan hanya takut, tetapi dah nak rayakan, eloklah menjaga kesihatan diri dan orang lain,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Menurut Siti Asa, pemakaian pelitup muka di luar rumah sudah menjadi satu kebiasaan yang sukar dielakkan. 

Katanya, dia sekeluarga pernah dijangkiti COVID-19 dan masih dihantui trauma  pengalaman tersebut.

Nur Ain Abdul Halim
Nur Ain Abdul Halim

Mahasiswi, Nur Ain Abdul Halim, 20, pula mengakui, perasaan risau masih ada membuatkan dia dan keluarga akan meneruskan pemakaian pelitup muka berkenaan.

"Sebenarnya di kampus iaitu di Universiti Putra Malaysia (UPM), masih ramai yang memakai pelitup muka dan bagi saya ia adalah pilihan terbaik untuk melindungi diri dan keluarga.

"Kita tidak tahu orang lain yang berada bersama kita itu sakit atau dijangkiti COVID-19, jadi lebih baiklah saya dan keluarga mengambil langkah pencegahan daripada menyesal kemudian hari," ujarnya.

Dia yang akan pulang ke Kedah memberitahu, sambutan Aidilfitri akan diteruskan bersama penggunaan pelitup muka.

“Saya masih akan pakai pelitup muka walaupun balik kampung dan melakukan aktiviti ziarah menziarahi.

“Ia bukan hanya untuk kebaikan dan keselamatan saya dan keluarga saya sahaja, tetapi juga mengurangkan penularan serta menjaga diri sendiri daripada dijangkiti,” katanya.

Rabu lalu, KKM mengumumkan beberapa kelonggaran SOP termasuk tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, KKM bagaimanapun masih menggalakkan pemakaian pelitup muka itu terutamanya ketika berada di kawasan yang sesak seperti bazar Ramadan, pasar malam dan stadium.

SOP baharu itu antara lain mewajibkan pemakaian pelitup muka apabila berada di dalam bangunan (indoor) termasuk gedung beli belah dan pengangkutan awam seperti e-hailing. - Getaran, 1 Mei 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam