web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Sedia 4 Inisiatif Sebagai Hadiah Hari Pekerja

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 11:49AM

Sejuta rakyat Malaysia yang bekerja sendiri akan mendapat perlindungan insurans menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. - Gambai fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya sejuta rakyat di negara ini yang bekerja sendiri mendapat perlindungan insurans menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui perlindungan insuran di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu, kerajaan akan menanggung sebanyak 80 peratus daripada jumlah perlu dicarum individu terbabit.

Katanya, ia adalah antara empat inisiatif dilaksanakan kerajaan sempena Hari Pekerja 2022 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan pekerja dalam menjana kemajuan negara.

“Kerajaan mewajibkan penyediaan Taska Tempat Kerja di setiap sektor awam kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Badan Berkanun, sebelum ia diperluaskan ke sektor swasta.

“Kerajaan menyediakan geran tahunan RM10 juta pada tahun 2019 dan RM30 juta sejak tahun 2020 bagi inisiatif ini yang akan memberi kelegaan kepada pekerja mempunyai anak kecil,” katanya menerusi perutusan Hari Pekerja hari ini.

Ismail Sabri berkata, inisiatif ketiga adalah melaksanakan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia, MyEzCover.com mulai 1 Mei.

Jelasnya, ia adalah pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa sebarang caj faedah, ditawarkan kepada penjawat awam, sebelum diperluaskan kepada sektor swasta.

Menurutnya, program itu akan dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama PERKESO dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Beliau berkata, inisiatif seterusnya adalah penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 yang menjadi hadiah kepada golongan pekerja di atas dedikasi tanpa jemu dalam membangunkan ekonomi negara.

Ujarnya, kerajaan yakin warga pekerja Keluarga Malaysia akan kekal berdaya tahan dan terus menjadi rakan strategik dalam membangunkan ekonomi negara.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja, pemimpin dan ahli kesatuan sekerja di negara ini,” katanya. – Getaran, 1 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran