web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamat Pulang Ke Kampung Warga Kota

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 9:15PM

Bilangan kenderaan semakin meningkat sejak petang tadi apabila warga kota mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. - Gambar dari Twitter LLM Trafik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka minggu terakhir menjelang Aidilfitri menyaksikan ribuan warga kota memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman sejak petang tadi.

Pergerakan itu menunjukkan jumlah kenderaan di lebuh raya utama negara meningkat, khususnya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Menurut ciapan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), @LLMinfotrafik, aliran trafik di Plaza Tol Gombak menghala ke Kuantan, Pahang mula perlahan pada jam 2.20 petang.

Trafik turut dilaporkan perlahan di Genting Sempah menuju ke Lentang, berikutan pertambahan kenderaan dan laluan berbukit.

“(Jam) 4 petang, trafik perlahan sejauh 16.7 kilometer (KM) dari KM 20.6 hingga KM 37.3 (Gombak - Genting Sempah) menghala ke Kuantan.

“Trafik juga sesak sejauh 2.2 kilometer dari KM 57.9 hingga KM 60.1 di Lentang menuju ke Bentong. Trafik perlahan berikutan pertambahan kenderaan menghala ke Pantai Timur,” menurut ciapan terbabit.

LLM berkata, trafik dilaporkan perlahan di PLUS membabitkan beberapa lokaliti,  menyebabkan ramai pengguna terperangkap dalam kesesakan.

“Trafik juga perlahan di Plaza Tol Sungai Dua, Perai menuju ke Permatang Pauh, Tapah menuju ke Gopeng, Bidor menuju ke Hentian Rawat dan Rehat (RnR) Tapah dan Slim River menuju ke Sungkai.

“LLM turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya berhati-hati ketika memandu supaya selamat sampai ke destinasi,” katanya - Getaran, 29 April 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 20 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad