web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jasad Nagaenthran Disemadikan Di Hindu Crematorium Buntong

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 6:09PM

Ahli keluarga Nagaenthran tidak dapat menahan sebak ketika jasadnya dibawa ke Hindu Crematorium Buntong, Ipoh, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Abd Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jasad rakyat Malaysia, Nagaenthran Dharmalingam yang menjalani hukuman mati di Penjara Changi di Singapura Rabu lepas, telah disemadikan di Hindu Crematorium Buntong di sini hari ini.

Jasadnya selamat disemadikan mengikut adat dan tradisi masyarakat India, selepas dibawa dari rumahnya di Tanjung Rambutan pada pukul 3 petang tadi dan tiba di pusat krematorium itu kira-kira pukul 4 petang.

Suasana pilu ternyata menyelubungi perkarangan krematorium itu, apabila kalangan lebih 100 ahli keluarga dan sahabat handai mendiang yang hadir, tidak dapat menahan kesedihan selain ada yang nampak tenang sejurus jasad Nagaenthran tiba.

Ahli keluarga dan sahabat handai mendiang tidak dapat menahan kesedihan sebaik sahaja jasad Nagaenthran tiba. - Gambar oleh Abdul Razak Abd Latif
Ahli keluarga dan sahabat handai mendiang tidak dapat menahan kesedihan sebaik sahaja jasad Nagaenthran tiba. - Gambar oleh Abdul Razak Abd Latif
Van membawa jasad Nagaenthran menuju ke Hindu Crematorium Buntong, Ipoh. - Gambar Abdul Razak Abd Latif
Van membawa jasad Nagaenthran menuju ke Hindu Crematorium Buntong, Ipoh. - Gambar Abdul Razak Abd Latif
Gambar yang dirakamkan menerusi dron menunjukkan keranda membawa jasad mendiang diusung menuju ke Hindu Crematorium Buntong. - Gambar Abdul Razak Abd Latif
Gambar yang dirakamkan menerusi dron menunjukkan keranda membawa jasad mendiang diusung menuju ke Hindu Crematorium Buntong. - Gambar Abdul Razak Abd Latif

Mereka yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang, sebelum pengurusan jasadnya disempurnakan kira-kira pukul 5 petang.

Pada Selasa (26 April), Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu mendiang S. Panchalai, 60, untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.

Nagaenthran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72 gram heroin ke Singapura pada 2009, yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.

Dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 November 2021, tetapi memperoleh penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah diberitahu dia positif COVID-19, ketika hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukuman matinya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad