web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Sedia Maklumkan Hasil Siasatan Kematian Pesakit COVID-19 Di HTAR

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 2:38PM

Dr Sha’ari Ngadiman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) akan menghubungi waris pesakit wanita yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang tahun lepas bagi memaklumkan hasil siasatan susulan aduan dibuat keluarga mendiang. 

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata pesakit berusia 69 tahun itu mempunyai pelbagai penyakit komorbid telah mendapatkan rawatan di HTAR pada 25 Oktober 2021 dengan diagnosis COVID-19 Kategori 4. 

“Bagaimanapun pesakit itu mengalami komplikasi susulan jangkitan COVID-19 dan meninggal dunia pada 28 Noveber 2021. KKM bersimpati dengan pemergian mendiang dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata waris mendiang telah mengemukakan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam pada 13 Januari lepas dan pihak HTAR menyambut baik aduan tersebut serta menjalankan siasatan di pelbagai peringkat berdasarkan garis panduan sedia ada di KKM.

Bagaimanapun, Dr Sha’ari berkata setakat ini waris mendiang belum bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan pihak HTAR.

Katanya, waris mendiang boleh menghubungi pihak HTAR, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor atau Bahagian Amalan Perubatan KKM sekiranya memerlukan maklumat lanjut berhubung proses pengurusan aduan berkenaan. 

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menerusi surat kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bertarikh 26 April memohon siasatan dan maklum balas laporan mengenai kes kematian berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja