Berita Terkini

1 jam yang lalu: Khairy ucap tahniah kepada rakyat Malaysia daripada segi tingkah laku yang baik pada fasa peralihan ke endemik 1 jam yang lalu: Rakyat Malaysia berkemampuan jayakan fasa peralihan ke endemik - Khairy 3 jam yang lalu: Sukan SEA 31: Atlet menembak Johnathan Wong sumbang emas ke-28 negara selepas ungguli final 10m Air Pistol lelaki hari ini 4 jam yang lalu: Penularan wabak monyetpox yang jarang ditemui dikesan di Amerika Utara, Eropah 4 jam yang lalu: 30.4 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

IKUTI KAMI


Op Selamat: 3,000 Pegawai, Anggota Bersiap-Sedia

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 9:03AM

Sebahagian anggota PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menyertai Op Selamat bersedia pada Majlis Pelancaran Op Selamat 18/2022 sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Dengkil Arah Selatan semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berbaki hanya beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan persiapan rapi menjelang Op Selamat 18/2022 sempena perayaan itu yang dijalankan selama 10 hari berkuat kuasa hari ini.

Dianggarkan hampir 3,000 pegawai dan anggota polis dari enam negeri, iaitu Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur, akan digerakkan dalam operasi itu bagi menjaga keselamatan dan membantu melancarkan aliran trafik.

Di PERLIS, seramai 1,200 anggota telah bersiap siaga untuk digerakkan dalam operasi itu selepas dianggarkan 60,000 hingga 80,000 kenderaan dijangka memasuki negeri itu, menurut Ketua Polis negeri Datuk Surina Saad.

Beliau berkata sekatan jalan raya (SJR) hanya akan dilaksanakan mengikut keperluan bagi mengelak kesesakan lalu lintas pada musim perayaan itu, namun terdapat enam lokasi dijangka mengalami kesesakan iaitu kawasan Kuala Perlis, Padang Besar, Bulatan Jubli Emas Arau, Kangar Jaya dan Beseri.

Di JOHOR, seramai 300 pegawai dan anggota trafik kontinjen negeri, serta dibantu keanggotaan Ibu Pejabat Polis Daerah, akan digerakkan untuk operasi itu apabila kesesakan lalu lintas dijangka berlaku di 30 kawasan jalan raya susulan pertambahan 70,000 orang dari Singapura memasuki negeri itu setiap hari.

Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata antara tumpuan tugasan ialah memfokuskan kawalan trafik dan keselamatan serta pemantauan kediaman dengan sebanyak 41 kawasan ‘hotspot’ dikesan kerap berlaku kemalangan dan daerah Batu Pahat mencatatkan kes tertinggi.

 Di TERENGGANU, seramai 22 pegawai dan 167 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri ditugaskan sepanjang operasi itu memandangkan kenderaan masuk ke negeri berkenaan dijangka bertambah hingga lima kali ganda pada musim perayaan ini berbanding 13,000 kenderaan pada hari biasa.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata SJR tidak akan dilaksanakan, namun 20 kawasan hitam telah dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan serta enam lagi kawasan panas perlu diberi tumpuan untuk melancarkan pergerakan kenderaan.

Sementara itu, seramai 45 pegawai dan 625 anggota polis akan bertugas dalam Op Selamat KUALA LUMPUR dengan fokus utama meminimumkan kadar kemalangan jalan raya selain mencegah jenayah pecah rumah dan memastikan keselamatan harta benda yang ditinggalkan penduduk semasa pulang ke kampung.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim turut menasihatkan warga kota supaya menghantar borang maklum balik kampung di balai polis berhampiran dan memaklumkan kepada jiran sekiranya pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, beliau berkata 10 laluan di sekitar ibu kota dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan iaitu Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Ipoh, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Ampang, Jalan Klang Lama, Jalan Duta dan Jalan Sungai Besi.

Di PAHANG, Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata dijangkakan antara 1.5 juta hingga empat juta kenderaan akan melalui jalan-jalan utama di negeri itu mulai hari ini, justeru, polis akan membuat pemantauan dengan melakukan rondaan di 16 ‘hotspot’ termasuk di lebuh raya selain jalan Persekutuan.

Katanya, lebih 300 pegawai dan anggota akan terlibat dengan tumpuan utama untuk mencegah jenayah pecah rumah serta meminimumkan kemalangan jalan raya.

Di KEDAH, pengguna jalan raya diseru menghantar rakaman pengguna jalan raya lain yang melakukan kesalahan untuk tindakan diambil selepas 1.4 juta kenderaan dijangka akan memasuki negeri itu yang berisiko boleh melakukan kesalahan hingga membahayakan nyawa orang lain. 

Ketua Polis negeri, CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata rakaman kesalahan yang boleh diambil termasuk memotong  kereta lain di hadapan dan memasuki lorong kecemasan seterusnya tindakan saman akan dikenakan kepada pesalah trafik itu.

Selain itu, beliau berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan lebih kerap di kawasan 'hotspot' yang sering berlalu kemalangan antaranya di daerah Baling, Kulim, Kuala Muda, dan Kota Setar. - Bernama

Sorotan

1

FINAS Bantu Penggiat Industri Kreatif Tingkat Kualiti Filem Negara Menerusi MyLAB

2

Mengubah Negara Menjadi Gergasi Sukan Komersial Dengan L‘Etape M‘sia

3

COVID-19, Kes Harian, Kematian Kembali Meningkat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Jenayah Seksual Da'i Syed Diteruskan Atau Ditarik Balik Diketahui 31 Mei

Sukan 2 jam yang lalu

Mengubah Negara Menjadi Gergasi Sukan Komersial Dengan L‘Etape M‘sia

oleh Julie Jalaluddin

Semasa 2 jam yang lalu

Cakna Kesihatan Diri, Pastikan Ibadah Haji Tidak Terganggu

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

HFMD: 12 Premis Ditutup, 91.4 Peratus Kanak-Kanak Terima Rawatan