web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Didakwa Edar 13.75 kilogram Dadah, Lelaki Berdepan Hukuman Mati

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 2:16PM

Aziz Said (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Marang hari ini atas 2 pertuduhan mengedar dadah keseluruhan seberat kira-kira 13.75 kilogram. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Seorang lelaki berhadapan hukuman mati selepas didakwa atas dua pertuduhan mengedar dadah dengan berat keseluruhan kira-kira 13.75 kilogram, di Mahkamah Majistret Marang di sini.

Tertuduh Aziz Said, 55, juga hari ini didakwa atas tuduhan mengambil dadah di mahkamah yang sama dan ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine masing-masing seberat 13,199.52 gram (g) dan 555.2g pada 18 April, lebih kurang 12.50 tengah malam di Kampung Surau Haji Yaakob di sini.

Pertuduhan di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 itu, boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga sebatan tidak kurang 15 sebatan jika tidak dihukum mati.

Bagi pertuduhan ketiga pula, lelaki yang bekerja sendiri itu didakwa telah memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya sendiri pada tarikh yang sama, jam lebih kurang 4 pagi di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.

Aziz melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) (a) akta sama, yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, dan diikuti dengan perintah pengawasan di bawah Seksyen 38B ADB (Pindaan 2002) antara dua hingga tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Rabiatul Adawiyah Nik Soupy manakala tertuduh tidak diwakili peguam, dan mahkamah menetapkan 28 Julai ini sebagai sebutan semula kes. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan