web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jasad Nagaenthran Disemadikan Di Buntong, Pada Jumaat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 8:37AM

S. Panchalai (kanan) menatap wajah anaknya, mendiang Nagaenthran Dharmalingam yang tiba dari Singapura, malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Abdul Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jasad rakyat Malaysia, Nagaenthran Dharmalingam yang menjalani hukuman mati di Penjara Changi di Singapura akan disemadikan di perkuburan Hindu di Buntong di sini pada Jumaat ini.

Kakak mendiang, Sarmila Dharmalingam, 36, berkata persemadian akan dilaksanakan antara pukul 2 hingga 4 petang Jumaat ini selepas upacara sembahyang di rumah mereka.

"Kami terima pemergian mendiang dengan hati yang berat. Terima kasih kepada semua orang yang datang mendoakan mendiang di Singapura dan Malaysia serta yang mendoakan mendiang di media sosial sehingga kini," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Tanjung Rambutan di sini malam tadi.

Jasad Nagaenthran Dharmalingam tiba dari Singapura di Tanjung Rambutan, malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Abdul Latif
Jasad Nagaenthran Dharmalingam tiba dari Singapura di Tanjung Rambutan, malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Abdul Latif

Tinjauan Bernama mendapati ahli keluarga dan rakan-rakan mendiang berkumpul di kediamannya dalam suasana hiba sambil menanti ketibaan jasad pada tengah malam ini.

Terdahulu, jasad Nagaenthran dituntut adiknya Navin Kumar, 22, di Penjara Changi dan dibawa dari Johor Bahru ke Ipoh dengan menaiki van. 

Mendiang tiba di Johor Bahru pada kira-kira 8.30 malam tadi menerusi penerbangan dari Singapura.

Turut kelihatan adalah ibu mendiang S. Panchalai, 60, yang sugul dan enggan ditemu bual pemberita mengenai Nagaenthran, 34, yang merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Suasana di kediaman mendiang Nagaenthran Dharmalingam di Tanjung Rambutan, Perak, malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Abdul Latif
Suasana di kediaman mendiang Nagaenthran Dharmalingam di Tanjung Rambutan, Perak, malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Abdul Latif

Pada Selasa (26 April), Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan terakhir yang difailkan Panchalai untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.

Nagaenthran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72 gram heroin pada 2009 ke Singapura, yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.

Dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 November 2021, tetapi memperoleh penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah diberitahu dia positif COVID-19 ketika hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukuman matinya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran