web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siasat Segera, Pihak Berkepentingan Jangan Ganggu Siasatan Mohd Nazlan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 2:55PM

Datuk Nazlan Mohd Ghazali - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) digesa meneruskan siasatan pada kadar segera ke atas Hakim Datuk Nazlan Mohd Ghazali, walaupun tindakan itu tidak dipersetujui seorang Ahli Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR), Hassan Abdul Karim.

Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shabudin Embun berkata, MPM mengharapkan siasatan berkenaan tidak diganggu mana-mana pihak berkepentingan demi menjaga nama baik institusi kehakiman.

Menurut beliau, siasatan terbabit perlu dilakukan demi mengelakkan persepsi negatif dalam kalangan warga maya di media sosial.

“Kita menyokong SPRM meneruskan siasatan ini untuk mengelakkan netizen membuat komen di media sosial.

“Kita boleh lihat media baharu ini dijadikan ‘medan mahkamah’ oleh netizen yang bertindak sebagai penyiasat, pendakwa dan juga hakim. Perbuatan itu salah dari segi undang-undang,” katanya hari ini.

Tegas Shahbudin, tidak seharusnya siasatan terhadap Mohd Nazlan disensasikan pihak tertentu kerana SPRM terikat dengan tanggungjawab bagi mengesahkan dan menyiasat laporan tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Beliau berkata, sebagai sebuah agensi penguat kuasa anti rasuah, suruhanjaya tersebut diberikan mandat melalui Akta SPRM 2009 ke atas laporan atau aduan rasmi yang dibuat.

“Namun, SPRM tidak boleh siasat sesuatu perkara sesuka hati tanpa bukti kerana pengasingan kuasa memastikan bidang kuasanya terhad kepada penyiasatan kes berkaitan rasuah sahaja.

“Seterusnya, kertas siasatan akan diberikan kepada Pejabat Peguam Negara dan tertakluk kepada Peguam Negara untuk memberi izin mendakwa sekiranya ada bukti. Sekiranya tidak ada bukti yang mencukupi, tiada tindakan undang-undang akan diteruskan,” katanya.

Terdahulu Hassan menegaskan, siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan ialah satu perlanggaran prinsip pemisahan kuasa serta serangan daripada badan eksekutif itu terhadap institusi kehakiman.

Shabudin Embun
Shabudin Embun

Katanya, beliau kesal dengan campur tangan dilakukan SPRM kerana mengganggu kebebasan badan kehakiman dalam menjalankan siasatan.

Menurut Hassan, di bawah peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, semua hakim yang sedang berkhidmat boleh dilucutkan jawatan sekiranya berlaku salah laku, termasuk rasuah.

Dalam pada itu Shahbudin berkata, pandangan bahawa hakim tidak boleh disiasat agensi penguatkuasaan adalah tidak munasabah kerana SPRM dan polis sememangnya telah diberi mandat untuk menyiasat kes jenayah.

Jelasnya, prinsip pengasingan kuasa adalah keperluan bagi memastikan tiada penumpuan kuasa dalam satu-satu badan atau institusi.

“Terdapat beberapa kes yang menyaksikan hakim ditakrifkan oleh undang-undang sebagai ‘pegawai badan awam’ dan pernah disiasat serta didakwa atas pertuduhan rasuah.

“Pada tahun 2009, bekas Majistret Mohd Firdaus Ramlan telah ditahan, disiasat dan seterusnya dibicarakan. Dia dipenjarakan selama tiga tahun dan didenda RM40,000 kerana menerima rasuah,” katanya.

Jelas Shahbudin, sesiapa yang disiasat tidak perlu berasa gusar sekiranya tidak bersalah kerana tindakan undang-undang memerlukan bukti mencukupi sebelum hukuman dijatuhkan.

“Dalam kes Hakim Mohd Nazlan ini, dia telah memfailkan laporan polis terhadap dakwaan yang telah dibuat oleh Malaysia Today. Ini menunjukkan beliau percaya dan yakin terhadap agensi penguat kuasa untuk menyiasat perkara tersebut,” katanya.

Tambahnya, jika beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan, tiada tindakan selanjutnya akan diambil ke atas dilakukan beliau.

“Sebagai badan diamanahkan untuk bertindak tanpa rasa takut dan pilih kasih bagi membendung rasuah, rakyat patut mengalu-alukan tindakan SPRM melaksanakan tugas serta fungsinya.

“Ini selaras dengan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri di Parlimen baru-baru ini, bahawa beliau tidak berkompromi dan tidak masuk campur terhadap semua proses pengadilan kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan,” katanya. - Getaran, 27 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad