web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan Baharu Naik Semula, 30 Kes Kategori Serius

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 11:35AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 kembali meningkat dengan 3,361 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,436,912 kes.

Katanya, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 3,355 kes tempatan dengan enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 2,075 kes atau bersamaan 61.74 peratus.

“Sebanyak 1,256 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 11 kes iaitu 0.33 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (4) serta kategori 5 (15),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 30 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 14 kes iaitu 46.67 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 10 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala enam lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 16 kes berumur 60 tahun ke atas dan 17 kes mempunyai komorbiditi manakala satu kes melibatkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 13 kematian baharu direkodkan semalam dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,520 dengan 7,516 daripadanya adalah kes BID.

“Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tiga kes, diikuti Kedah dan Perak (masing-masing dua) serta Melaka, Pahang, Pulau Pinang (masing-masing satu).

“Tiada kematian dilaporkan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, tiada pertambahan kluster baharu dilaporkan di negara ini.

Katanya, setakat ini terdapat 92 kluster yang masih aktif di negara ini. 

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 7,007 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 101 kes iaitu 55 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 63 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 9,484 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,339,521 kes. - Getaran, 27 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam