Berita Terkini

9 jam yang lalu: HDC Sarawak lulus RM2.3 juta di bawah skim bantuan deposit perumahan 9 jam yang lalu: Kematian 20 kucing bukan diracun, sebaliknya kena jangkitan 'Parvovirus' - JPV Terengganu 9 jam yang lalu: Rotan anak: Bekas suami Ziana Zain didenda, hukuman penjara diketepikan 9 jam yang lalu: Sebuah bas persiaran terbakar 90 peratus dalam kejadian di Kilometer 27.93 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara 9 jam yang lalu: Beberapa kawasan di Bidor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat

IKUTI KAMI


Siasatan SPRM Terhadap Mohd Nazlan Tidak Ikut Perlembagaan - Badan Peguam Malaysia

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 8:48AM

Mohd Nazlan Mohd Ghazali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Badan Peguam Malaysia berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan.

Presidennya, Karen Cheah Yee Lynn berkata siasatan itu melanggar doktrin pengasingan kuasa dan juga menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman.

Dalam satu kenyataan beliau berkata “ada mekanisme ditetapkan bagi menangani isu ini dan … sebarang percubaan oleh pihak tidak bertanggungjawab boleh dilihat sebagai menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman.

“Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan menyediakan cara khusus yang membolehkan sebarang aduan salah laku kehakiman ditangani dalam suatu cara tertentu yang akan memastikan keyakinan orang ramai terhadap Badan Kehakiman berterusan.

“Tanpa keyakinan yang diperlukan diterapkan kepada Badan Kehakiman sebagai sebuah institusi, pentadbiran sistem kehakiman tidak akan mendapat penghormatan dan penerimaan yang penting terhadap keberkesanan operasinya dalam pentadbiran kehakiman kita,” katanya.

Hakim Mohd Nazlan telah membuat satu laporan polis pada 21 April berhubung artikel berita disiarkan portal Malaysia Today yang mendakwa beliau sedang disiasat berhubung pemindahan wang yang tidak dapat dijelaskan ke dalam akaun banknya.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata Mohd Nazlan menafikan “tuduhan-tuduhan palsu, tidak berasas serta berniat jahat” yang bertujuan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang Hakim Mahkamah Rayuan.

Pejabat itu memandang serius tuduhan serta komen sedemikian, dan mengingatkan orang ramai bahawa tuduhan terhadap badan kehakiman bertujuan untuk mengganggu gugat kes-kes yang sedang dalam proses perbicaraan, adalah satu pelanggaran prinsip sub judice.

Cheah berkata orang ramai tidak jelas mengenai siapa yang membuat laporan itu, atau bila laporan seperti itu dibuat.

“Apa yang jelas kepada Badan Peguam Malaysia ialah tidak sepatutya terdapat pilih kasih oleh pihak berkuasa dalam menangani isu yang sama - dan berdasarkan kepada asas ini, kami mendesak siasatan yang sama dijalankan oleh pihak polis terhadap laporan yang dibuat Nazlan terhadap dakwaan yang dibangkitkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Raja Petra Kamarudin dalam blognya, Malaysia Today pada 20 April 2022,” katanya.

Cheah berkata Badan Peguam Malaysia sedar sepenuhnya bahawa badan kehakiman tidak berada dalam sebarang kedudukan untuk mengambil langkah bagi melindungi dirinya, dengan melibatkan dirinya dalam perbicaraan oleh media atau mana-mana bentuk kontroversi awam.

“… sebab itulah terdapat satu keperluan untuk Badan Peguam Malaysia untuk melindungi maruah dan intergriti mahkamah dan Badan Kehakiman secara keseluruhannya, memandangkan sifat badan itu yang sentiasa tidak dapat mempertahankan diri daripada kritikan atau tuduhan liar yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

“Kami meminta pendekatan berhati-hati oleh pihak berkuasa kita, dan tidak terpengaruh dengan desakan suara-suara sumbang dibuat oleh jaguh siber,” katanya.

Pada 23 April lepas akhbar ‘The Star’ menyiarkan satu laporan ekskusif yang menyatakan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa suruhanjaya itu telah memulakan siasatan terhadap Hakim Mohd Nazlan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya, berikutan laporan yang dibuat berkaitan perkara itu. - Bernama

Sorotan

1

'Saya Maafkan Awak' Kata Warga Emas Mangsa ‘Samseng Jalan Raya’

2

Wang Dalam Akaun Saya Cukup Bayar Kad Kredit - Zahid

3

Ewe Hock kesal Dengan Senario Badminton Malaysia Yang 'Terkebelakang'

4

Ada Apa Dengan Melayu

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kartel Kawal Bekalan, Harga Punca Ikan Laut Semakin 'Ghaib'

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Perlu Bantu Ibu Bapa Pesakit HFMD, Beri Cuti Khas

oleh Sofian Baharom

Sukan 1 hari yang lalu

Sukan SEA Ke-31 Ditutup Dengan Penuh Warna Warni

Semasa 1 hari yang lalu

Pusat Hiburan Diserbu, 8 Individu Ditahan Bersama Botol Arak

oleh Rubini Nagarajah