web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Taktik Baharu Penipuan Tawaran Kerja Dikesan, Beroperasi Guna WhatsApp

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 8:58PM

Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu teruja dengan tawaran kerja secara sambilan, menggunakan aplikasi WhatsApp. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman mengesan taktik baharu penipuan tawaran kerja sambilan di syarikat dikenali sebagai Nexea, menerusi aplikasi WhatsApp yang menawarkan upah mencecah RM500 sehari.

Setakat hari ini, modus operandi terbaru itu berjaya memperdayakan empat individu membabitkan kerugian sehingga RM69,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berdasarkan mesej yang tular itu, syarikat terbabit kononnya menawarkan kerja sambilan iaitu memproses pesanan melalui platform aplikasi dengan upah lumayan sekitar RM300 hingga RM500 sehari.

Menurut beliau, siasatan mendapati pelabur yang berminat akan diarahkan untuk memindahkan wang kepada pihak syarikat melalui akaun diberikan.

“Akaun tersebut bagaimanapun dimiliki oleh individu persendirian yang disyaki keldai akaun.

“Pada peringkat permulaan, pelabur akan menerima keuntungan yang dijanjikan, namun setelah membuat pemindahan wang dalam jumlah yang besar, pihak syarikat akan memutuskan hubungan dengan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan supaya orang ramai tidak terlalu teruja dengan tawaran bekerja secara sambilan.

“Sekiranya diminta untuk membuat pemindahan wang terutamanya ke akaun bank milik individu persendirian, ia adalah petanda bahawa anda mungkin menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata, sebagai langkah pencegahan orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan terperinci terlebih dahulu dengan syarikat dan agensi berkaitan sebelum memohon atau menerima apa jua tawaran kerja yang meragukan.

“Polis percaya wujudnya kemungkinan untuk penjenayah menyamar sebagai entiti perniagaan yang sah dalam usaha mereka memperdayakan mangsa,” katanya. - Getaran, 25 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad