Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


165 Kes Masuk Hospital, Penggunaan Katil ICU 13 Peratus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Apr 2022 2:29PM

Daripada 24 kes COVID-19 kategori 3 hingga 5, 33.33 peratus dilaporkan tidak divaksin atau belum lengkap divaksinasi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 165 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 74 kes (44.8 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5, manakala 91 kes (55.2 peratus), kategori 1 dan 2.

Menurutnya, tiada negeri merekodkan penggunaan katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus semalam.

Bagi penggunaan katil bukan kritikal pula, katanya, tiada negeri merekodkan penggunaan melebih 50 peratus.

Dr Noor Hisham memaklumkan, jumlah keseluruhan penggunaan katil ICU bagi pesakit dijangkiti virus itu di seluruh negara semalam, kekal 13 peratus, manakala bagi katil bukan ICU, 16 peratus.

“Bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), tiada negeri menunjukkan peratusan melebihi 50 peratus.

“Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 61 pesakit dengan penggunaan alat tersebut sebanyak lapan peratus,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham menjelaskan, terdapat perbezaan antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital, berbanding kes kategori 1 hingga 5 baharu didiagnos setiap hari, disebabkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti.

“Pada masa sama, terdapat kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Sebanyak 4,006 kes baharu COVID-19 dilaporkan sehingga tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu di Malaysia kini, 4,431,073.

Kategori 1 mencatatkan 1,288 kes, kategori 2 (2,694 kes), kategori 3 (12 kes), kategori 4 (6 kes) dan kategori 5 (6 kes).

Daripada 24 kes COVID-19 kategori 3 hingga 5, lapan atau 33.33 peratus dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan sembilan atau 37.5 peratus sudah menerima dua dos vaksin, namun belum menerima dos penggalak.

Selain itu, sebanyak tujuh kes (29.17 peratus) sudah menerima dos penggalak, sembilan kes (37.5 peratus) berusia 60 tahun ke atas dan 12 kes (50 peratus) mempunyai komorbid.

Dr Noor Hisham berkata, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara semalam adalah 0.77 dengan Putrajaya mencatatkan nilai Rt tertinggi, iaitu 1.15 diikuti Kuala Lumpur dan Selangor (masing-masing 0.86), Negeri Sembilan (0.84), Perak (0.82), Melaka (0.81) dan Sabah (0.78). - Getaran, 25 April 2022
 

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Semasa 15 jam yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

Politik 1 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi