web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DBKL Sita 6,932 Barangan Penjaja Warga Asing Dari Januari-April 2022

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 9:01AM

DBKL mengambil tindakan ke atas peniaga warga asing di sekitar Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, pada 12 April lalu. - Gambar dari Facebook DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 6,932 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula Januari hingga April tahun ini, berbanding 7,970 tindakan sita yang dikenakan sepanjang tahun lepas. 

DBKL dalam kenyataannya memaklumkan tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

Kenyataan itu memaklumkan DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan sentiasa mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan di ibu negara termasuk di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) secara berterusan. 

"Pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) juga dilaksanakan selama 24 jam di PBKL dan kawasan sekitarnya bagi membendung aktiviti tersebut.

"Selaku pihak berkuasa tempatan, DBKL hanya mengambil tindakan terhadap barangan penjaja warga asing yang didapati menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran menerusi tindakan sita serta-merta dan barangan yang disita tidak boleh dituntut serta akan dilupuskan," menurut kenyataan itu.

DBKL berkata tindakan terhadap kumpulan itu termasuk mengawal kemasukan, pergerakan dan menahan warga asing yang menyalahi peraturan adalah di bawah bidang tugas dan tanggungjawab Jabatan Imigresen.  

 "Bagaimanapun, DBKL sentiasa bekerjasama dengan agensi sahabat yang lain termasuk Jabatan Imigresen bagi memastikan penglibatan warga asing dalam aktiviti perniagaan di sekitar ibu kota dapat dibanteras.

"Oleh itu, orang awam dinasihatkan untuk memberi kerjasama dengan tidak membeli barang keperluan daripada warga asing ini kerana aktiviti mereka tidak mempunyai kebenaran," menurut kenyataan itu.

Justeru, warga kota diminta menyalurkan maklumat mengenai aktiviti perniagaan warga asing kepada DBKL menerusi Sistem Pengaduan Awam Kuala Lumpur (ADU@KL) di pautan pantas https://adukl.dbkl.gov.my. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad