web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan Mengenai Perolehan MySejahtera Dibentang Julai Ini - PAC

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 5:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai pembangunan dan perolehan aplikasi MySejahtera akan dibentang dalam sidang Dewan Rakyat Julai ini, kata Pengerusi PAC, Wong Kah Woh.

Beliau berkata PAC juga meminta agar Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun membenarkan laporan itu dibahaskan oleh Ahli Parlimen untuk tempoh sekurang-kurangnya sehari.

“PAC juga mencadangkan agar kerajaan mengambil kira pandangan laporan PAC yang bakal dibentang dan perbahasan Ahli-Ahli Parlimen sebelum mengambil keputusan yang melibatkan implikasi kewangan dalam isu pembangunan aplikasi itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Wong berkata PAC mengadakan prosiding kedua mengenai isu itu pada Khamis lepas yang membabitkan tiga agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

Katanya wakil agensi yang hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM, Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datuk Mohamad Ismail, Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Seri Dr Yusoff Ismail, Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad serta Ketua Eksekutif NACSA Rahamzan Hashim.

Wong berkata prosiding pertama pada 14 April lepas dihadiri Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Prosiding pada Khamis memfokus kepada pihak terlibat dalam pelantikan syarikat KPI Soft Sdn Bhd (nama terkini Entomo Malaysia Sdn Bhd) untuk membangunkan MySejahtera, kelangsungan konsep CSR yang dicadangkan dan ketidakwujudan kontrak rasmi antara kerajaan dengan syarikat pembangun.

“Turut menjadi fokus PAC ialah pemilikan aplikasi MySejahtera khasnya pegangan harta intelek dan pendirian KPI Soft atau MySj Sdn Bhd terhadap tuntutan pemilikan harta intelek seperti yang termaktub dalam dokumen Mahkamah dan dokumen berkaitan,” katanya.

Beliau berkata PAC akan meneliti segala keterangan, dokumen serta minit mesyuarat yang diperoleh dan akan membuat keputusan sama ada memanggil saksi lanjut. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 minit yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran