web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saudia, TH Tandatangan Perjanjian Bawa Jemaah Malaysia Untuk 3 Tahun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 9:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat Penerbangan Arab Saudi (Saudia) menandatangani perjanjian dengan Tabung Haji (TH) untuk membawa jemaah haji Malaysia bagi tempoh tiga tahun dari 2022 hingga 2024.

Perjanjian yang ditandatangani pada Khamis di ibu pejabat TH di sini, melibatkan pengangkutan jemaah haji bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad bin Abdul Aziz di Madinah, menurut Kedutaan Arab Saudi dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian dihadiri duta Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Qattan, Ketua Pengarah Jabatan Haji dan Umrah di Saudi Airlines Amer Al-Ghamdi, Pengarah Saudi Airlines untuk Malaysia, Thailand dan Vietnam Ahmed Al-Owaidi, dan Pengurus Operasi Saudi Airlines di Indonesia, Malaysia dan Thailand Mohammed Al-Ghamdi.

Bagi pihak Malaysia, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman turut hadir, menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam