web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


11 Remaja Ditahan Dalam Op Tapis Khas Babit Rampasan Dadah 811.38 Kilogram

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 1:07PM

Ayob Khan (kanan) menunjukkan gambar-gambar yang suspek dan rampasan dadah dalam Op Tapis Khas Siri 3, pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 113 jeti haram dan perkampungan nelayan di seluruh negara digempur pihak berkuasa dalam Op Tapis Khas Siri 3, susulan peningkatan pengambilan dadah dalam kalangan nelayan sejak kebelakangan ini.

Dalam operasi dijalankan bermula 18 hingga 20 April lalu itu, seramai 481 orang terdiri daripada 472 lelaki dan sembilan perempuan ditahan di jeti haram terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah ditahan itu, 412 individu adalah penagih, 69 tokan, manakala 11 diambil tindakan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, Perak mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi apabila 14 jeti haram di negeri tersebut digempur, diikuti Sabah (12), Johor (11), Kelantan (11), Negeri Sembilan (10), Kedah (10), Pahang (7), Melaka (6) Selangor (6), Sarawak (4), Pulau Pinang, (4) dan Terengganu (3).

“Lokaliti ini diberi fokus dalam Op Tapis Khas kali ini adalah disebabkan kita mengesan terdapat peningkatan penggunaan dadah dalam kalangan nelayan sejak kebelakangan ini.

“Pelbagai jenis dadah dirampas, namun kita dapati penggunaan dadah tertinggi adalah syabu kerana jumlah rampasannya paling tinggi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, dalam operasi terbabit, secara keseluruhan seramai 3,724 orang ditahan, termasuk 150 wanita di ‘port’ aktif penagih dadah dan jeti haram.

Katanya, daripada jumlah tersebut, tujuh remaja berusia 13 tahun yang sudah tidak bersekolah, empat pelajar sekolah menengah dan dua penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan.

“Kita juga menahan sembilan penjawat awam dengan empat daripadanya adalah pegawai penguatkuasaan, manakala selebihnya berkhidmat di lain-lain agensi awam.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam isu penyalahgunaan dadah, jika dikesan mereka akan terus ditangkap,” katanya.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, sebanyak 811.38 kilogram dan 542.37 liter dadah daripada pelbagai jenis, dirampas membabitkan nilai RM1.01 juta mengikut harga pasaran semasa.

“Daripada jumlah tersebut, 769.5 kilogram daun ketum dan 526.7 liter air ketum dirampas, manakala dadah yang paling banyak dirampas adalah syabu, iaitu 22.96 kilogram.

“Tindakan pelucutan hak harta turut dilaksanakan dengan jumlah keseluruhan aset disita sebanyak RM2.9 juta,” katanya.

Daripada jumlah tersebut, JSJN turut menyita satu unit rumah teres bernilai RM2.3 juta, 38 kenderaan pelbagai jenis (RM452,900), wang dalam akaun (RM49,909.49), barang kemas (RM32,308) dan wang tunai (RM29,096).

Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta bernilai RM3.91 juta. - Getaran, 22 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad