web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Tidak Pernah Kata ‘Okey’ Pada KPGM - Saksi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 9:15PM

Najib (dua, kiri) hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi sambung bicara berhubung kes 1MDB yang dihadapinya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berkata “okey” kepada KPMG Malaysia untuk menandatangani penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 2013 selepas pertemuan firma audit itu dengan 1MDB diadakan di kediaman bekas perdana menteri di Langgak Duta pada 15 Disember 2013.

Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB Azmi Tahir, 48, yang bersetuju dengan soalan yang dikemukakan oleh peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed juga berkata perkataan ‘okey’ tidak pernah disebut oleh Najib.

Azmi menjelaskan bahawa mesyuarat itu diadakan atas permintaan KPMG kerana firma audit itu bertegas untuk bertemu Najib kerana tidak berpuas hati dengan maklumat dan dokumentasi yang disediakan oleh pengurusan 1MDB bagi tujuan mengaudit pelaburan dana kekayaan Malaysia berjumlah US$2.3 bilion di luar negara.

Saksi itu berkata bahawa beliau menerima panggilan telefon daripada rakan kongsi KPMG Ahmad Nasri Abdul Wahab dan ketika itulah permintaan tersebut dibuat, selepas juruaudit tidak berpuas hati dengan maklumat yang diberikan syarikat itu, setakat ini.

Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Wan Aizuddin dalam perbicaraan Najib berhubung penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.

Wan Aizuddin: Apakah reaksi anda apabila mendengar permintaan KPMG?

Azmi: Saya terkejut. Saya tanya kenapa mereka nak berjumpa dengan perdana menteri?

Mereka berkata mereka mahu mendengar daripada pemegang saham bahawa semuanya okey. Mereka berkata jika Najib berkata okey, maka mereka akan menandatangani (pada penyata kewangan 1MDB).

Wan Aizuddin: Anda berkata mereka (KPMG) kata, ‘Jika PM kata okey, mereka akan tandatangan’. Jadi, anda akan bersetuju bahawa selepas pertemuan dengan Najib, dia tidak pernah berkata, “okey anda boleh tandatangan”? Azmi menjawab: “Kata-kata itu bukan dari dia”.

Azmi juga berkata dia telah menyampaikan mesej itu (permintaan KPMG) kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low semasa perbualannya dengan Ahmad Nasri.

Azmi: Jho Low berkata, kenapa, kenapa jumpa PM? Jadi saya cakap, mereka (KPMG) berkata jika mereka jumpa dan puas hati serta PM mengetahui dan ia okey, maka mereka akan tandatangan. Saya telah diberi tekanan oleh Jho Low, ‘Semestinya, mereka akan tandatangan’.

Peguam itu kemudiannya mempersoalkan mengapa Jho Low adalah orang pertama yang dihubungi Azmi berhubung permintaan KPMG untuk bertemu Najib, dan saksi itu berkata tiada seorang pun daripada mereka berurusan secara langsung dengan PMO (Pejabat Perdana Menteri) dan dalam hal ini, mereka percaya dia (Jho Low) adalah wakil (PM).

Ketika ditanya mengapa saksi memilih Jho Low berbanding Datuk Azlin Alias sebagai Setiausaha Sulit utama Najib ketika itu, saksi itu berkata walaupun dia berurusan dengan Azlin, namun Jho Low memainkan peranan utama kerana dia (Jho Low) mengendalikan urusan audit dan 1MDB.

Mahkamah juga mendengar hujah bahawa, walaupun selepas pertemuan pada 15 Disember itu, tiada laporan akhir audit dikeluarkan oleh KPMG.

Menjawab soalan lain, saksi berkata Najib tidak menelefon dan meminta beliau untuk menggantikan KPMG dengan Deloitte.

Dilaporkan bahawa selepas pertemuan dengan Najib, KPMG digugurkan sebagai juruaudit 1MDB dan digantikan oleh firma audit Deloitte untuk mengaudit penyata kewangan 2013 dana itu.

Sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman memberi keterangan bahawa KPMG disingkirkan sebagai juruaudit 1MDB berikutan tekanan daripada Najib.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi