web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SUV Terbabas, 2 Remaja Parah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 3:44PM

2 remaja parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 12.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang di sini awal pagi tadi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM  - Dua remaja parah apabila tersepit di tempat duduk hadapan, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 12.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu yang berlaku berhampiran sebuah stesen minyak pada jam 12.49 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 12.55 pagi.

"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton X70 yang dinaiki empat lelaki warga tempatan berumur antara 16 tahun hingga 18 tahun.

"Dua remaja iaitu pemandu serta penumpang hadapan cedera parah di kaki akibat tersepit manakala dua lagi mangsa di tempat duduk belakang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, nahas dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu di lorong kanan hendak menukar laluan ke lorong tengah, namun terbabas dan melanggar penghadang di sebelah kiri jalan.

“Kedua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut,” katanya. – Getaran, 18 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 1 tahun yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad