web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Tiket KL-Sabah, Sarawak Diturunkan Lebih 30 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 3:28PM

Lebih 30 peratus harga tiket kapal terbang telah diturunkan susulan kesediaan MAVCOM untuk bertolak ansur ketika musim perayaan ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga tiket penerbangan sudah diturunkan lebih 30 peratus, susulan kesediaan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk bertolak ansur mengurangkan kadar bayaran perjalanan itu ketika musim perayaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak berkata, suruhanjaya itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat bagi memperincikan kadar perbandingan penurunan harga berkenaan.

“Ada mengatakan ia (harga tiket penerbangan) sudah naik 70 peratus, tetapi kita berjaya kurangkan banyak daripada kadar itu, malah pagi ini pun apabila kita lihat sudah ada penurunan.

“Penurunan ini kerana kita mampu meningkatkan kekerapan penerbangan dengan cara redeploy (menyusun semula pergerakan) kapal terbang supaya tumpuan diberikan kepada sektor (musim) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penghantaran kakitangan Express Rail Link (ERL) ke ‘Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Line’ bagi menyokong operasi musim Haji 2022 di KL Sentral, hari ini.

Mengulas mengenai cadangan berhubung penubuhan Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan (NRCOE) sebagai pusat kecemerlangan nasional bagi industri kereta api, Isham berkata, ia dijangka diluluskan Kabinet dalam masa terdekat.

Jelasnya, kandungan kepakaran tempatan dalam pengangkutan rel negara ini masih kurang, sekadar 15 peratus dan dengan kewujudan NRCOE, ia diharapkan mampu membina industri kereta api mengikut standard Malaysia.

“Dengan adanya standard berkenaan, kita berupaya mengembangkan pengetahuan dan melatih lulusan universiti untuk bekerja dalam industri ini, selain mampu mengeksport kompenan atau barang kereta api sendiri,” katanya.

Isu kenaikan harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak, heboh diperkatakan sejak beberapa hari lalu serta mencetuskan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak, khususnya rakyat dari negeri berkenaan.

Getaran baru-baru ini menerusi pemantauan di laman sesawang syarikat penerbangan komersial melaporkan, harga tiket penerbangan dikatakan melonjak sehingga RM2,000, iaitu peningkatan sekitar 566 peratus menjelang tempoh perayaan Aidilfitri dari 29 April hingga 8 Mei.

Situasi terbabit turut mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meluahkan rasa terkejut dengan kenaikan itu.

Merujuk hantaran di laman sosial Facebook, beliau menganggap kenaikan mendadak harga tiket penerbangan tersebut sebagai tidak masuk akal.

Bung Moktar turut menyifatkan perbuatan syarikat penerbangan itu tidak ubah seperti ‘menghisap darah’ rakyat, khususnya ketika musim perayaan, seperti Aidilfitri yang bakal menjelang awal bulan depan.

Situasi berkenaan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengingatkan pengendali syarikat penerbangan agar tidak mengambil keuntungan secara berlebihan dengan menaikkan harga tiket ke Sabah dan Sarawak terlalu tinggi ketika perayaan.

Menurutnya, tindakan itu ‘agak melampau’ kerana rakyat tidak mempunyai alternatif lain sebagai pengangkutan, selain menaiki kapal terbang.

Justeru, beliau meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meneliti sekiranya berlaku perlanggaran di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 berhubung kenaikan harga itu. – Getaran, 18 April 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Masa Ni Lah Pulak Dia Nak Terbakar!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi RM300 Untuk Tiket Penerbangan Mahasiswa IPTA - Loke

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad