web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Kelar Leher Pemandu E-Hailing, Remaja Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 12:12PM

Beh Eng Lai - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang remaja perempuan yang disyaki mengelar leher pemandu e-hailing selepas gagal membayar tambang sebanyak RM400 bagi perjalanan dari Tangkak, Johor ke Jalan Ipoh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, bertindak atas maklumat, remaja perempuan terbabit ditahan di sebuah premis perniagaan sekitar kawasan Jinjang, Kepong pada kira-kira jam 4.55 petang semalam.

“Ketika ditahan, polis turut merampas telefon bimbit milik suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya sambil memberitahu bahawa remaja terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau

Eng Lai berkata, dalam kejadian pada 13 April lalu itu, mangsa berusia 63 tahun mengambil remaja perempuan di Sagil, Tangkak dengan menggunakan aplikasi Mycar.

Jelasnya, sebaik tiba di destinasi, iaitu Kovil Hilir Jalan Ipoh, mangsa memberitahu remaja berusia 16 tahun terbabit bahawa jumlah tambang perjalanannya adalah sebanyak RM400 seperti dipersetujui mereka.

Bagaimanapun, katanya, suspek enggan membayar tambang tersebut kerana tidak mempunyai wang, sebelum mangsa mengambil keputusan untuk membawa remaja terbabit ke balai polis.

“Oleh kerana takut, suspek mengelar leher mangsa menggunakan pisau lipat dan melarikan diri.

“Mangsa kemudian memandu ke Balai Polis Sentul untuk meminta bantuan dan dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Eng Lai, ketika melarikan diri, suspek meninggalkan pisau lipat dipercayai digunakannya untuk mengelar pemandu itu di dalam kenderaan terbabit. - Getaran, 17 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 49 minit yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad