web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengeluaran Khas KWSP: 5.3 Juta Mohon, Lebih 55 Peratus B40

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 4:01PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima sebanyak 5.3 juta permohonan kemudahan Pengeluaran Khas sejak ia dibuka kepada ahli pada 1 April lalu.

Menurut kenyataan KWSP, jumlah permohonan itu membabitkan amaun pengeluaran RM40.1 bilion.

Katanya, pembayaran akan dibuat secara berperingkat ke akaun pemohon yang layak bermula pada 20 April ini.

“KWSP menerangkan bahawa jumlah permohonan diterima merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak untuk membuat pengeluaran di bawah kemudahan ini.

“Dipecahkan mengikut pengkelasan gaji, jumlah ini mewakili 55 peratus ahli B40 (berpendapatan kurang daripada RM1,700), 59 peratus ahli M40 (RM1,701 - RM4,900) dan 39 peratus ahli T20 (berpendapatan melebihi RM4,900). “Sebanyak 29 peratus ahli tidak formal dan tidak aktif juga memohon,” katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, berdasarkan kaum pemohon, Melayu mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 65 peratus, diikuti Cina (12 peratus) dan India (7 peratus), manakala selebihnya adalah Bumiputera Sabah, Sarawak serta bukan warganegara yang membabitkan 17 peratus.

Berdasarkan maklum balas daripada pemohon, katanya, tiga sebab utama mereka membuat permohonan itu adalah mengalami pengurangan pendapatan, iaitu sebanyak 24 peratus, membantu pasangan atau ahli keluarga terjejas kewangan (23 peratus) dan menambah sumber kewangan (14 peratus).

Dari segi tujuan pengeluaran, jelasnya, kebanyakannya menyatakan mahu menampung perbelanjaan keperluan asas harian atau bulanan dengan kadar 40 peratus pemohon, membayar tunggakan hutang (26 peratus), menambah simpanan atau dana kecemasan (8 peratus) dan membantu ahli keluarga terjejas kewangan (7 peratus).

“Selebihnya, iaitu 19 peratus adalah untuk tujuan lain seperti membayar pendidikan anak, perbelanjaan tertentu dan pelaburan,” katanya.

Pada masa sama, KWSP berkata, tarikh tutup permohonan kemudahan Pengeluaran Khas adalah pada 30 April ini dan ahli boleh memohon melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Selain itu, menurut KWSP, setiap aspek keselamatan sudah diambil agensi terbabit bagi mengelakkan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab atau scammers daripada membuat permohonan palsu dan menjejaskan simpanan ahli.

Tegasnya, KWSP ingin menasihatkan ahli supaya tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan Pengeluaran Khas mereka di platform media sosial, selain berhati-hati apabila mengeluarkan wang bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dan aktiviti scam.

“KWSP mengingatkan ahli untuk mempertimbangkan ketersediaan pendapatan jangka panjang mereka dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu, malah membelanjakan wang dengan bijak serta untuk tujuan sesuai.

“Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas ini boleh didapati di ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP, atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848.

“Ahli juga digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pegawai Khidmat Nasihat Persaraan KWSP di mana-mana cawangan KWSP seluruh negara berkenaan simpanan mereka ini,” katanya. – 16 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad