Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gerai Mi Tonggek 'Berulat' Diarah Tutup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 3:12PM

KKM mengarahkan operasi gerai menjual mi tonggek yang didakwa berulat di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya ditutup. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengarahkan operasi gerai menjual mi tonggek yang didakwa berulat di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya ditutup kerana didapati tidak bersih.

Arahan itu dikeluarkan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 selepas siasatan dijalankan ke atas gerai terbabit. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemilik gerai itu perlu mengambil langkah mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

“Kompaun turut dikeluarkan terhadap seorang pekerja yang didapati tidak mengambil suntikan anti-tifiod.

“Tiga sampel juga diambil di gerai terlibat bagi tujuan analisis mikroorganisma dan bendasing,” katanya menerusi kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata, siasatan KKM juga mendapati peniaga tersebut mempunyai sebuah premis makanan yang beroperasi di Cyberjaya, di mana bahan mentah dimasak dan disimpan sebelum dipasarkan di bazar tersebut.

“KKM akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan di premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengendalian keselamatan makanan di situ,” katanya.

Semalam, Perbadanan Putrajaya (PPj) mengeluarkan notis amaran kepada sebuah gerai makanan di bazar berkenaan, susulan isu kebersihan makanan tidak bersih dan didakwa berulat seperti tular di media sosial sejak kelmarin.

Tular di media sosial mengenai kuih limas pelita mengandungi segumpal rambut.
Tular di media sosial mengenai kuih limas pelita mengandungi segumpal rambut.

Berhubung aduan kes pencemaran kuih limas diniagakan di sebuah bazar Ramadan di Teluk Intan beberapa hari lalu yang didapati mengandungi gumpalan rambut sehingga tular pula, Dr Noor Hisham berkata, KKM sudah membuka kertas siasatan.

Jelasnya, kertas siasatan itu dibuka ke atas pengeluar kuih limas terbabit bagi tujuan pendakwaan mengikut Akta Makanan 1983.

“KKM memandang serius aduan yang tular di media sosial mengenai pencemaran makanan di Bazar Ramadan dengan kehadiran ulat dalam mi tonggek dan gumpalan rambut dijumpai di dalam kuih limas baru-baru ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, melalui Operasi Ramadan 2022 dijalankan di seluruh negara, sebanyak 4,362 premis bazar Ramadan diperiksa.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 77 notis kompaun dengan nilai RM38,500 dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Beliau berkata, sebanyak 178 sampel makanan juga diambil untuk dianalisis.

“Peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, KKM menasihatkan orang ramai agar membeli makanan di premis bersih kerana pihak kementerian sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

“Mereka juga boleh melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya. – Getaran, 16 April 2022
 

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM