web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penemuan Mayat Dengan Tangan Terikat Dipercayai Akibat Dendam, 3 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 2:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cemburu atau dendam dipercayai menjadi motif utama kes pembunuhan seorang lelaki warga Bangladesh yang ditemui mati dalam keadaan tangan diikat dengan wayar kabel di tepi Jalan Sepang Salak, Sepang, pagi semalam.

Susulan daripada itu, polis menahan tiga lelaki warga Indonesia berusia antara 24 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, penahanan dibuat susulan maklumat disalurkan seorang individu di Shah Alam yang mendakwa mengenali mangsa.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggotanya digegaskan ke Taman Sri Muda, Shah Alam untuk bertemu dengan individu terbabit, iaitu seorang remaja warga asing berusia 16 tahun.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa mempunyai hubungan dengan seorang wanita tempatan yang juga isteri kepada seorang warga asing.

“Pada tahun 2020, suami kepada wanita tersebut pulang ke negara asalnya dalam jangka masa lebih kurang setahun dan kembali semula ke Malaysia pada Ogos tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, hubungan wanita tersebut dengan mangsa diketahui suaminya, menyebabkan lelaki tersebut marah lalu menceraikan isterinya.

“Susulan daripada maklumat tersebut, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sepang melakukan serbuan di sebuah rumah di Padang Jawa, Shah Alam sebelum menahan tiga lelaki warga asing.

“Hasil soal siasat terhadap ketiga-tiga individu terbabit, mereka menafikan terlibat dalam kes sedang disiasat,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan polis meminta mana-mana individu yang kehilangan keluarga atau kenalan untuk tampil membantu siasatan, susulan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan luka diperut dan tangannya diikat dengan wayar kabel.

Pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati, terdapat juga kesan luka di zakar lelaki tersebut. - Getaran, 17 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam