web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Pinda Enakmen Halal, Sesuaikan Keperluan Semasa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 8:43AM

Mohd Zawawi Ahmad Mughni - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Selangor akan meminda Enakmen Halal negeri itu untuk diperluas kepada semua segmen sesuai dengan perkembangan industri dan keperluan halal semasa selain memperhebatkan lagi sektor itu ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata cadangan pindaan enakmen itu dijangka dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Oktober depan.

“Enakmen halal yang asal adalah ringkas, pendek dan tidak menyeluruh. Jadi ia akan ditambah lagi supaya lebih merangkumi semua segmen.

“Sebelum ini hanya makanan dan minuman tetapi sekarang kita ada farmasi, bahagian instrumen kewangan, pelancongan, pakaian dan banyak lagi,” katanya kepada media selepas Sesi Dialog Aspirasi Pembangunan Industri Halal Selangor bersama Industri Kecil serta Sederhana dan Majlis Iftar Ramadan di sini semalam. 

Beliau berkata pihaknya juga komited membantu usahawan industri halal negeri itu dan bercadang membawa mereka ke Afrika Selatan, Turki dan Arab Saudi untuk bertemu dengan pelabur di sana. 

“Usaha ini dijangka diadakan selepas Aidilfitri melibatkan usahawan terpilih dan sesuai. Ia dijangka dapat memperhebatkan lagi sektor halal Selangor di peringkat antarabangsa,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan