web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Sokong MKT UMNO Namakan Ismail Sabri Calon Perdana Menteri PRU-15

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 10:09AM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mengharapkan Agenda Perpaduan dipelopori Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diteruskan susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, agenda dibawa Ahli Parlimen Bera itu terbukti berjaya mewujudkan kestabilan dan iklim politik yang baik serta harmoni di negara ini.

“PAS menyambut baik keputusan UMNO mencadangkan agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU-15 nanti.

“Sebagaimana buat masa ini PAS mendukung serta menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri Ke-9 ini, PAS mengharapkan Agenda Perpaduan dipelopori beliau dapat diteruskan.

“Pendekatan ini pastinya akan terus disokong semua pihak atas dasar bipartisan demi kebaikan negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Takiyuddin berkata, PAS juga yakin Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan dan pembangkang yang pada umumnya berkuat kuasa dari tarikh ia ditandatangani dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen yang ke-14, terus membantu proses pemulihan negara di bawah kepimpinan Ismail Sabri.

“PAS yakin ia akan terus membantu proses pemulihan negara dalam semua aspek, termasuk kesihatan, ekonomi, sosial serta kehidupan rakyat jelata,” katanya.

Terdahulu, MKT UMNO sebulat suara menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri pada PRU-15 pada Mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat itu juga membuat beberapa ketetapan, antaranya mengenai kedudukan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang akan berakhir 31 Julai, diputuskan tidak akan diteruskan.

Ahli Parlimen Pontian itu memaklumkan, mesyuarat berkenaan turut memutuskan pembentangan Akta Anti Lompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggagalkan, mahupun cubaan untuk merubah maksudnya kepada bentuk perundangan lain. - Getaran, 15 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad