web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syarikat Penerbangan Nasihat Penumpang Beli Tiket Awal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 8:11AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan menasihat rakyat Malaysia agar membeli tiket mereka awal bagi mengelakkan kenaikan harga semasa perayaan Aidilfitri yang disebabkan oleh strategi penetapan harga dinamik.

Malaysia Airlines Berhad dalam kenyataan memaklumkan Bernama hari ini bahawa syarikat penerbangan menetapkan harga tiket secara dinamik yang tertakluk kepada permintaan dan penawaran selain tarikh, masa dan ketersediaan tempat duduk pada jangka masa tertentu.

“Kami sedang merekodkan muatan yang amat memberangsangkan terutama bagi tempoh puncak sempena Hari Raya, yang memperlihat peningkatan ketara pada tempahan penerbangan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Kami menggalakkan orang ramai untuk merancang perjalanan masing-masing dan mengambil peluang ke atas pelbagai tawaran promosi dan diskaun yang disediakan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Malaysia Airlines turut memberi jaminan bahawa ia akan terus memantau keadaan dan meningkatkan kapasiti tempat duduk penerbangan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Menerusi Pameran MATTA 2022, Malaysia Airlines menawarkan diskaun sehingga 45 peratus bagi harga tiket penerbangan semasa ke semua destinasi domestik dan antarabangsa terpilih.

“Malaysia Airlines juga telah melanjutkan tawaran ini secara dalam talian sehingga 17 April tahun ini bagi memudahkan pelanggan untuk terus merancang percutian dan membeli tiket dengan harga yang berpatutan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Bernama melaporkan bahawa syarikat penerbangan tempatan yang menyediakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching telah menawarkan tiket serendah RM300 bagi penerbangan pergi balik semasa musim bukan perayaan.

Bagaimanapun, semakan ke atas laman sesawang mereka menunjukkan harga melonjak sehingga RM2,000 (bagi penerbangan pergi balik) iaitu peningkatan kira-kira 566 peratus bagi tempoh perayaan di antara 29 April hingga 8 Mei.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat dalam sidang akhbar di ibu pejabat syarikat itu bagi mengumumkan pengembalian enam laluan perkhidmatannya ke India semalam berkata AirAsia masih dalam mod pemulihan dan oleh itu, berusaha meningkatkan kapasiti penerbangan berdasarkan apa yang boleh dilakukan ketika ini.

Beliau berkata bilangan pesawat AirAsia yang boleh beroperasi akan ditentukan oleh had semasa susulan mod pemulihan.

“Bagi meramalkan di mana ia (operasi penerbangan) berada juga adalah sesuatu yang agak mencabar, jadi had dari segi berapa banyak pesawat yang boleh kita terbangkan ketika ini (akan) turut ditentukan oleh perkara tersebut,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

MAS Sahkan Masalah Enjin Punca MH199 Lakukan Pendaratan Kecemasan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Alami Kerosakan Enjin, Pesawat MAS Buat Pendaratan Kecemasan

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Penumpang Teruja Juruterbang Pasang Lagu 'Bey Sobar Bey'

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad