web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Guna Pengimbas Daftar Masuk MySejahtera Diketahui 2 Minggu Lagi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 8:23PM

KKM akan membuat keputusan bagi mengetahui sama ada akan meneruskan atau tidak imbasan masuk di MySejahtera. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada pengimbas daftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera diteruskan atau tidak akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ketika ini pihaknya sedang memantau corak jangkitan memandangkan negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik.

“Kita akan buat keputusan seminggu dua lagi sama ada kita akan teruskan atau tidak dari segi imbasan masuk di MySejahtera,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, fungsi daftar masuk di aplikasi MySejahtera masih relevan dalam membantu Kementerian Kesihatan (KKM) mencegah penularan COVID-19.

Katanya, semasa kemuncak jangkitan varian Omicron baru-baru ini, sebanyak 45 peratus kontak kasual dikesan dan disahkan positif COVID-19.

“Jadi nak kata sistem pengesanan kontak ini tak relevan lagi, saya tak berapa setuju. 

“Kita dapati MySejahtera masih ada nilai sebagai alat untuk pengesanan kontak,” katanya. 

Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya sedang mengkaji kes jangkitan semula COVID-19 dalam tempoh 20 hari selepas jangkitan pertama.

Katanya, jangkitan semula dalam tempoh masa singkat itu dikesan menjadi trend di Denmark dan United Kingdom.

“Memang ada kes seperti ini, malah ada pegawai saya pun turut dijangkiti dalam tempoh tersebut. Perkara ini sedang diteliti sama ada ia dapat kita cegah melalui vaksin. Tapi setakat ini tiada vaksin dapat mencegah jangkitan semula itu.

“Cuma kita dapati bahawa bagi kes yang mana kita melihat ada jangkitan semula, maka kita lihat bahawa mereka mengalami gejala yang sederhana tetapi perlu diisolasi,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, kontak rapat pesakit COVID-19 yang tidak bergejala tanpa mengira status vaksinasi kini tidak lagi perlu menjalani isolasi.

“Saya umumkan sebab ada permintaan contoh di sekolah asrama yang mereka tidak dapat dos penggalak disebabkan usia mereka dan mereka tidak dibenarkan untuk no kuarantin kalau mereka kontak rapat. 

“Jadi sekarang ini, kontak rapat yang tidak bergelaja tak perlu isolasi tak kira status vaksinasi,” katanya. 

Terdahulu, semasa sidang media di Parlimen, Khairy memaklumkan protokol baharu itu akan berkuatkuasa pada 22 April ini. - Getaran, 14 April 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran