web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Masih Siasat Kes Rohana Rozhan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 9:26PM

Rohana Rozhan - Gambar dari Twitter @esshimself

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan berhubung US$10 juta yang didakwa diberikan bekas pegawai Goldman Sachs Tim Leissner.

Dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Amerika Syarikat, Leissner berkata dia memberi Rohana US$10 juta dan wanita itu membeli rumah di London.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata siasatan kes berkaitan Rohana masih lagi dijalankan.

“Proses penyiasatan masih lagi dijalankan berhubung dengan aset-aset berkenaan. Sehubungan itu, orang ramai diminta jangan membuat spekulasi tentang kes tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media tempatan hari ini melaporkan Rohana bersetuju secara prinsip untuk memulangkan semula wang dan aset US$10 juta yang diberikan Leissner.

 Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki juga mengesahkan siasatan terhadap bekas eksekutif kanan itu serta aset yang diberikan kepadanya sedang dijalankan oleh SPRM. - Bernama 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad