web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukan RM150 Tapi RM150,000, Agensi Perjelas Kekeliruan Pakej Umrah 'Private Jet'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 9:07PM

As Safa Travels and Tours Sdn Bhd meminta orang ramai berhubung terus dengan agensi itu jika memiliki sebarang kemuyskilan bagi mengelak daripada diperdaya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – As Safa Travels and Tours Sdn Bhd menyangkal dakwaan agensi itu menawarkan pakej umrah pada harga serendah RM150 dan RM178, seperti yang tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Seorang petugas agensi yang hanya mahu dikenali sebagai Haidar berkata, pakej dikenali sebagai Kembara Umrah Akhir Ramadan itu sebenarnya bermula pada harga RM150,000 hingga RM178,000 dengan menggunakan jet peribadi sebagai medium pengangkutan.

“Poster yang tular di media sosial itu betul namun ada yang tersilap pandang soal harga, terus anggap ia bermula serendah RM150 walhal tidak kerana harga sebenar bermula pada RM150,000 sehingga RM178,000.

“Ramai yang telefon kami untuk kepastian berkenaan perkara ini dan walaupun ada kesilapan, pakej yang kita tawarkan itu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Menurut beliau, sambutan luar biasa itu memaksa pakej berkenaan ditutup hujung minggu ini berbanding tarikh sebenar 20 September nanti.

Agensi terbabit katanya, mahu menawarkan pakej yang didatangkan bersama penginapan selesa dan pengisian ilmu, berbanding sekadar menunaikan umrah.

“Pakej kembara ini membolehkan jemaah menerima layanan istimewa, termasuk pengangkutan sepanjang menunaikan ibadah berkenaan.

“Itu antara keistimewaan yang kami berikan, selain penginapan bertaraf lima bintang berhampiran Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah,” katanya.

Haidar berkata, As Safa Travels menaruh harapan untuk kembara umrah ini dijadikan sebagai panduan oleh jemaah dalam memperhalusi keperibadian, mengenal serta mencintai Allah dan Rasul.

“Bimbingan dan ilmu agama yang terdapat dalam pakej akan menjadikan keseluruhan proses beribadah lebih mudah.

“Kesemua yang turut serta di dalam pakej kembara umrah ini akan menemui cinta sebenarnya, iaitu cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW, Insya Allah,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai diminta berhubung terus dengan agensi jika memiliki sebarang kemuyskilan bagi mengelak daripada diperdaya atau menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.

“Maklumat lanjut mengenai Kembara Umrah VIP 'Umrah Akhir Ramadan' 2022 ini boleh diperolehi melalui Facebook As Safa Travels Tours atau menghubungi talian 03-61439238 untuk pertanyaan lanjut,” katanya. – Getaran, 13 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aliff Syukri Tak Tahan Dimaki, Terpaksa Jujur Pasu Pecah Sekadar ‘Prank’

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Athiya Shetty - KL Rahul Nafi Terima Hadiah Perkahwinan Mewah, Suniel Shetty Keluarkan Kenyataan Rasmi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Video Curi Aksi Wanita Tukar Pakaian Dijual Di Media Sosial

4

Politik 3 tahun yang lalu

Status Masih Jadi Persoalan, Video Mahligai Mewah Asri Pula Tular!

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad