web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Kenal Pasti Dokumen, Keterangan Untuk Siasat Tawfiq

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 4:51PM

Datuk Mohd Kamarudin Md Din - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan untuk siasatan ke atas suami bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Dr Tawfiq Ayman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pasukan penyiasat PDRM sudah mengadakan perbincangan dengan pihak Commercial Affair Department (CAD) Singapura pada 29 hingga 31 Mac lalu.

Menurutnya, pihak berkuasa Singapura itu telah memberikan kerjasama yang erat sepanjang perbincangan diadakan.

“Hasil perbincangan, pasukan penyiasat sudah mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan untuk siasatan.

“Bagaimanapun, bagi memastikan dokumen dan keterangan tersebut boleh diterima di mahkamah, ia perlu melalui proses Mutual Legal Assistance (MLA) yang akan dikendalikan oleh Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PDRM sudah merujuk siasatan kes tersebut kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya dari sudut MLA.

Tawfiq yang juga suami kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz disiasat susulan dakwaan menerima dana berkaitan 1Malaysian Development Berhad (1MDB), namun beliau menerusi firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co menjelaskan tidak pernah menerima sebarang bentuk rasuah daripada sesiapa.

Menurut Tawfiq, beliau tidak mengenali individu bernama Tim Leissner atau Roger Ng, jauh sekali bertemu dan berkomunikasi dengan mereka.

Kenyataan itu hadir susulan keterangan diberikan Leissner yang juga bekas pengerusi syarikat perbankan, Goldman Sachs pada prosiding perbicaraan terhadap bekas pegawai bawahannya, Roger Ng di Mahkamah Tinggi Brooklyn, New York, baru-baru ini.

Dalam perbicaraan itu, Leissner dilaporkan menyebut kegiatan rasuah membabitkan Tawfiq mengenai projek usaha sama PetroSaudi-1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, SPRM dalam laporannya mendedahkan, sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB diambil semula dari Singapura, yang disimpan syarikat milik Tawfiq.

Siasatan ke atas Tawfiq itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Kenyataan Tawfiq dan seorang anaknya dirakam pada April tahun lalu. - Getaran, 12 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan